Rizwan, seorang pengawas sekolah yang berani dan berdedikasi, mempunyai semangat dan azam nak melindungi kawan-kawannya dan menghentikan pembulian di sekolah. Hasrat itu disambut oleh guru kaunseling bernama Cikgu Kai yang bersemangat menyahut kempen anti-buli yang dilancarkan KPM—lantas mereka bekerjasama dalam menangani kes buli sekolah. Dala novel ini, seorang pelajar lelaki bernama Fitri mengalami acne breakout yang teruk, mula dapat surat layang yang mengejeknya dengan pelbagai gelaran dan tohmahan jahat seperti dituduh pengotor. Malah, Firi menerima surat layang yang menyuruhnya menarik diri daripada acara keusahawanan sekolah yang diketuainya hanya kerana wajahnya jelek—hingga tersebarnya fitnah yang menyebabkan Fitri mula disisihkan rakan sekeliling. Rizwan nekad mahu mencari siapakah dalang perbuatan itu dan hentikan fitnah yang berleluasa di sekolah.