![[Rockestra] Cinta Mat & Minah book cover](https://images-na.ssl-images-amazon.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1399617330i/22034214.jpg)
Mula-mula tengok dia: Perempuan bengong, jenis bodoh piang, bingai. Perempuan macam ni bagi saja pun aku tak dak mahu eh. Amboi mulut, duk diam tak boleh ke? Tapi pada pandangan kedua: Matanya yang teduh dengan bebola mata berwarna coklat muda itu seperti meminta aku untuk berkampung di situ, alisnya lentik seraut jatuh, hidungnya mancung seperti seludang, kulitnya bersih seperti jerawat pun tak berani nak tumbuh di situ... semuanya cantik dan sempurna. Lalu hati telah berkata: Cinta hanyalah sepatah perkataan tanpa sebarang rasa, hinggalah seseorang datang bermukim di hati dan memberi makna pada perkataan cinta itu. Aku sangkut mimpiku di puncak nyala mentari, kau letak cita-citamu di pucuk indah rembulan, lalu di titik manakah kita akan bertemu? Tapi: Ujian apakah ini hingga dia yang aku pilih. Mengapa bukan pada stok gadis usrah? Tak salah pun kalau pada stok gadis tudung belit-belit. Atau paling-paling pun pada yang rambut karat saja? Mengapa memilih haprak; memilih yang berbeza? Ya, kuda padi tak patut jatuh cinta pada kuda belang walau sama-sama spesies kuda!