Margins
Rumah Kabilah Jin book cover
Rumah Kabilah Jin
2023
First Published
4.79
Average Rating
418
Number of Pages

Selepas Tok Guru Rahman meninggal dunia, Ustaz Ukasyah dan Ustaz Baihaqi menggalas tanggungjawab menguruskan maahad tahfiz tok guru mereka. Malangnya, mereka terpaksa mencari sebuah rumah baharu selepas diminta untuk berpindah. Usaha pencarian dua ustaz muda itu menemukan mereka dengan sebuah rumah agam yang terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit. Rumah yang terpisah daripada masyarakat setempat malah dijauhi oleh orang kampung. "Ladang ni berpenunggu, ustaz. Rumah putih yang ustaz duduk tu pulak, rumah jin!" - Lokman "Dengarnya, ada mayat tercampak atas pokok kelapa sawit. Peliknya, keadaan mayat tu kecut tak ubah macam buah kelapa sawit bila kering." - Cik Siah Awalnya, mereka memilih untuk bertahan tetapi selepas gangguan, rasukan dan penampakan makhluk menakutkan dialami oleh pelajar-pelajar tahfiz itu, mereka mulai menimbang semula keputusan yang dibuat. "Kau nak kata rumah ni jin yang bina?" - Ustaz Ukasyah Selamatkah sekumpulan pelajar tahfiz itu untuk terus bertahan tinggal di situ walau hanya untuk satu malam lagi? Dapatkan dua ustaz muda itu melindungi pelajar-pelajar mereka? "Insya-Allah, pertolongan Allah itu sangat dekat." - Ustaz Baihaqi

Avg Rating
4.79
Number of Ratings
122
5 STARS
82%
4 STARS
15%
3 STARS
3%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved