
Menghimpunkan Sembilan buah karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2014 bagi Kategori Cerpen Remaja. Karya-karya tersebut merupakan hasil ciptaan pengarang generasi baharu dan lama. Karya-karya yang termuat dalam antologi ini memperlihatkan kepekaan yang tinggi pengarang untuk menguja daya penaakulan yang mendalam kalangan remaja terhadap perlbagai isu sosiobudaya. KATEGORI CERPEN REMAJA Kategori Cerpen Remaja Hadiah Utama 1. Rebecca Ilham – Maraton Kampung, Mingguan Malaysia, 5 Oktober 2014 2. Mohd. Hashim Osman – Debu-debu Mimpi Chao Phraya, Mingguan Malaysia, 28 September 2014 3. Nazri Hussein – Pelita Jiwa Ayah, Mingguan Malaysia, 25 Mei 2014 Hadiah Penghargaan 1. Dr Mawar Safei – Antara Dua Rumah di Lereng Bukit, Harmoni, 15 Oktober 2014 2. A. Muziru Idham – Enta Liberal, Mingguan Malaysia, 10 Ogos 2014 3. Noraini Osman – Di Bawah Pohon Kekabu pada Suatu Senja, Mingguan Malaysia, 12 Oktober 2014 4. Azman Hussin – Ibu Pertiwi, Mingguan Malaysia, 21 Disember 2014 5. Haswida Abu Bakar – Rumah Kecil Mama, Wanita Disember 2014 6. Tiras R – Suara, Mingguan Malaysia, 6 Julai 2014