Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (415) 851-1676
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Sahabat Kelas 4D
Sahabat Kelas 4D
Series · 5 books · 2021-2025
By
Haryani Kamilan
Books in series
#1
Miss Curious Matematik Tambahan
2025
Tanya apa sahaja tentang K-Pop dan K-Drama, pasti laju Tasha menjawab. Tetapi apabila disuruh belajar, langsung dia tidak endah. Sampai ibu ayah pun jadi gundah. Lalu ayah merancang strategi, hujung tahun mereka akan ke Korea. Namun percutian ini ada syaratnya. Mesti lulus setiap ujian dan peperiksaan, baru boleh turut serta. Tasha terus jadi terdesak, tiba-tiba rajin luar biasa. Suatu hari dia ke perpustakaan, niat untuk mengulang kaji pelajaran. Tasha terjumpa buku misteri bertajuk 'Dunia Matematik', terkandung kisah tokoh-tokoh matematik termasyhur. Setiap kali buku dibaca, dia bagai dirasuk hingga masuk ke zaman silam. Apabila kembali ke alam nyata, serta-merta Tasha jadi bijaksana. Sejak itu sifat sombong dan bongkak merajai diri. Rupanya ilmu yang ada tidak kekal lama, kepandaian semakin menghilang kerana Tasha telah melanggar pantang larang!
#2
Miss Challenge
2021
Mahu challenge? Berikan sahaja pada Wani. Apa pun cabarannya, pasti dia sahut dengan besar hati. Tetapi Wani bukan calang-calang orangnya. Setakat cabaran biasa-biasa, dia memang tak pandang. Apabila dicabar challenge berbahaya, dialah orang pertama. Terasa megah apabila dapat letak segala hashtag cabaran yang disahutnya. Kali ini Wani dicabar seterunya, Shalma. #extremeselfie dari tempat tinggi kalau berani. Ego Wani semakin meninggi. Akhirnya cabaran yang disahut memakan diri. Namun Wani tidak putus asa, dendam pada Shalma semakin membara. Challenge seterusnya buat semua terkedu, adakah kali ini Wani dan Shalma sanggup menyambutnya?
#3
Miss Genius Matematik
2021
Kelas 4D dapat pelajar baru! Nampak macam sombong tapi rupanya baik hati. Lily Si Genius Matematik banyak membantu kawan-kawan, tetapi sebenarnya dia juga ada kelemahan. Lily sangat sukar menghafal, subjek lain selalu gagal. Ayahnya pula garang bukan main, sebatan rotan jadi makanan. Peperiksaan Pertengahan Tahun tidak lama lagi. Lalu Lily merancang sesuatu, komputer sekolah akan digodam. Soalan bocor amat diidam. Namun lain pula yang berlaku, perbuatan Lily dihidu guru. Adakah Lily dapat lepas? Ataupun ada hukuman sedang menunggu?
#4
Miss Obses Sejarah
2022
Akibat terlalu obses kepada sejarah Perang Dunia Kedua, Ema sanggup melanggar arahan. Ketika Kelab Sejarah mengadakan rombongan ke sebuah Muzium Perang, Ema dan Wani telah memasuki satu terowong. Siapa tahu, kemalangan akan berlaku. Apabila tersedar, Ema mendapati dirinya berada dalam zaman Jepun menyerang Tanah Melayu! Ema ditangkap tentera Jepun, lalu ditahan menjadi tawanan. Mampukah Ema melepaskan diri dari terus menjadi mangsa seksaan? Ataupun dia akan terus terperangkap dalam zaman yang penuh dengan kekejaman.
#5
Miss CEO
2024
Suka berniaga? lkutlah cara Qarla! Bermacam dugaan dilalui, tetapi dia tetap cekal hati. Mulanya disabotaj, diherdik, dipandang rendah dan ditipu, namun Qarla tetap teguh memasang strategi. lmpiannya jelas, mahu memiliki empayar perniagaan sendiri. Dengan sokongan si ibu dan sahabat kelas 4D, segala usahanya untuk menjual tudung atas jenama sendiri menjadi realiti. Permintaan dan jualan semakin mencanak tinggi. Bagaimanapun, ketika berada di puncak kejayaan dia telah diuji, hingga jatuh tersembam ke bumi. Mampukah Qarla bangkit semula seperti sebelumnya? Atau membiarkan diri berputus asa. lni kisah jatuh bangun seorang usahawan muda, diinspirasikan daripada sebuah kisah benar. Apa? lngat budak sekolah tidak boleh berjaya dalam perniagaan?
Author
Haryani Kamilan
Author · 15 books