Margins
Salju Shibuya book cover
Salju Shibuya
2004
First Published
4.11
Average Rating
117
Number of Pages

Perjalanan Muhammad Haji Salleh ke gugusan pulau utara untuk mencari alam, jiwa dan budi bangsa Jepun, dilukis kembali, seperti mengikuti jejak langkah Basho penyair haiku yang luar biasa. Muhammad menemukan makna kemajuan dalam budi dan budaya, usaha dan sabarnya. Sementara itu, beliau menemukan salju gunung dan Ainu di Hokkaido, manusia Ryuku dalam dan gerak hidup yang berlainan dari utara. Walaupun beliau menulis dalam bentuk bebas, namun terdengar kehalusan citra dan kiasan gaya Jepun. Oleh yang demikian, bukan sahaja pandangan hidup atau sudut melihat pengalaman yang menjadi tarikan, tetapi cara melukis dan menyimpul tentang kenyataan, juga sama menarik beliau sebagai seorang penyair. Sketsa Zakaria Ali dirangsang oleh puisi Muhammad Haji Salleh yang telah menyarankan isyarat visual seperti pepohon, sungai, kampung gunung, bulan, pasir dan rumput. Isyarat musim pula menjadi tajuk pokok kepada puisi, tetapi yang paling mendesak ialah suasana hati yang dibangkitkan oleh baris-baris puisi ini. Kata Zakaria, " Lakaran garis memang saya suka sebab banyak yang dapat aaya perkatakan melalui shading objek-objek yang terhad bilangannya di atas kertas tidak lebih dari 5 kali 10 inci."

Avg Rating
4.11
Number of Ratings
38
5 STARS
32%
4 STARS
53%
3 STARS
13%
2 STARS
0%
1 STARS
3%
goodreads

Author

Muhammad Haji Salleh
Muhammad Haji Salleh
Author · 4 books

Sasterawan Negara yang ke-6, 1991. Penerima S.E.A. Write Awards 1997. Tokoh Anugerah Akademik Negara 2008. Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam,Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College Brinsford Lodge, England. Setelah itu, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat Ph. D. Kerjayanya bermula sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa.Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun. Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Selama 42 tahun, beliau pernah bertugas di USM,UKM dan UM. Malah pernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship’ dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda. Fokus penulisan beliau ialah puisi dan kritikan sastera dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta membawa sastera Malaysia menyeberang ke benua Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Beliau telah mencetus penubuhan dua pusat kajian Melayu iaitu di Universiti Islam Riau dan Universiti Jambi. Sajak dan kritikan sastera beliau diterjemah ke dalam 12 bahasa termasuk bahasa Belanda, China, Denmark, Ibrani, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Rusia, Sepanyol, Thai, Vietnam,Portugis dan Perancis. Teks sastera klasik yang dikajinya ialah Hikayat Isma Yatim, Sulalat-as-Salatin dan Hikayat Hang Tuah dan lain-lain yang menonjolkan jati diri Melayu.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved