Margins
Sayang Tanpa Ragu book cover
Sayang Tanpa Ragu
2023
First Published
4.00
Average Rating
368
Number of Pages

Sayang Tanpa Ragu… Caption: Ku percaya cinta ini Deanna tidak pernah putus asa untuk mencari cinta. Dia percaya… siapa, bila dan di mana, semua itu rahsia Ilahi. Dia yakin, satu hari nanti muncul si dia yang mewujudkan getaran di hati. Tetapi dia tidak menyangka… muncul dua orang sekali dalam satu masa! Raez; peguam yang bergaya dan berkarisma. Pernah diintainya sejak zaman sekolah dahulu. Pilihan yang pasti mama akan setuju. Khalif; lelaki misteri yang telah menyelamatkannya. Bila dia mencari, lelaki itu ‘no where to be found’. Tapi tiba-tiba muncul di depan mata dan mengindahkan harinya. Satu penyelewengan telah berlaku. Raez bertindak sebagai peguam untuk mewakilinya. Tetapi nama defendan yang disebut itu… Khalif? Deanna keliru. Siapa yang patut dipercayainya? Siapa yang patut disayangi tanpa rasa ragu?

Avg Rating
4.00
Number of Ratings
11
5 STARS
18%
4 STARS
64%
3 STARS
18%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Hezzy Azra
Hezzy Azra
Author · 6 books

Dengan menggunakan nama pena Hezzy Azra, anak bongsu daripada tiga adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Puteri Pandan sebelum bertukar ke Sekolah Rendah Convent Bukit Nanas (2) Kuala Lumpur pada tahun 1984. Meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas sehingga tamat tingkatan enam pada tahun 1992. Seterusnya melanjutkan pengajian peringkat diploma di TL Management Centre (usahasama dengan Swansea Institute of Higher Education, United Kingdom) dalam jurusan Business Management. Kini bekerja sebagai Eksekutif Akaun dan Pentadbiran di sebuah syarikat pembinaan milik bumiputera yang beroperasi di Kelana Jaya, Selangor. Atas dasar ingin mencuba bakat, mula menulis manuskrip pertama pada tahun 2006. Setelah lima tahun dalam bidang ini, empat novel telah berjaya dihasilkan iaitu yang pertama Melodi Kasih (Disember 2007), Kenangan Terindah (November 2008) Cinta Tak Beralih (Julai 2010) dan Aku Pilih Dia yang baru berada di pasaran pada Disember 2011.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved