Margins
Segala Yang Tercinta Ada Di Sana book cover
Segala Yang Tercinta Ada Di Sana
2005
First Published
4.38
Average Rating
127
Number of Pages

Antologi ini menghimpunkan 10 buah cerpen remaja yang telah meraih Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2004. Cerpen-cerpen tersebut merupakan buah tangan penulis muda tanah air - yang berpengalaman dan yang baru mencipta nama. Karya-karya tersebut sarat dengan nilai motivasi dan bermanfaat bagi membantu pembinaan sahsiah, khususnya para remaja. Antara isu yang diangkat ialah cinta, perjuangan dan pengorbanan; persoalan iman; konsep tawakal dan falsafah ketuhanan; serta taubat dan usaha memperbaik diri. Cerpen-cerpen tersebut dipersembahkan secara berseni, berhikmah, diselitkan unsur humor, dihantar dengan bahasa yang mantap, menyentuh perasaan dan menguja daya taakulan. Telah Diberinya Hati - Ghafirah Idris Segalanya Yang Tercinta Ada Di Sana - Zainal Rashid Ahmad Trauma Embah - Haryati Abu Nasir Anak Pengunting Rambut - Norhidayah Asari★ Winie Puspa Mahendra - Nik Azman MN Mentari Buat Marie - Nazri Hussein Lelaki Di Bawah Pohon Kemboja - Salman Sulaiman Telah Dicipta Perempuan - Siti Hajar Mohd. Zaki Pemula Versi Milenium - Tiras R Penculik Cinta - Siti Hajar Mohd. Zaki

Avg Rating
4.38
Number of Ratings
8
5 STARS
50%
4 STARS
38%
3 STARS
13%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Zainal Rashid Ahmad
Zainal Rashid Ahmad
Author · 18 books
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)
Tiras R
Author · 2 books
Siti Salbiah Radhuan (Tiras R.)
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved