
Menghimpunkan sembilan buah karya yang terpilih sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2012 bagi Kategori Cerpen Remaja. Karya-karya dalam antologi ini merupakan hasil cipta pengarang generasi baharu dan kawakan. Karya-karya tersebut menggambarkan keprihatinan pengarang akan pelbagai masalah remaja kini dalam landskap sosiobudaya, kekeluargaan, pendidikan, kemasyarakatan, keagamaan dan teknologi komunikasi; setempat dan sejagat. “Sejujur Manggis”, cerpen yang menjuduli antologi ini mengungkapkan dan mengangkat kepentingan nilai kejujuran dan keikhlasan dalam kehidupan. Dengan mengaitkan hubungan jumlah tampuk dengan ulas manggis, seorang bapa secara tamsilan mengajak anak remajanya meninggalkan kepura-puraan dan menginsafi keadaan diri. Pemenang Kategori Cerpen Remaja Hadiah Utama 1. Marga Ranah Rusuhan, Mohd Fathul Khair Mohd Dahlan - Mingguan Malaysia 2. Menyuluh Kehidupan, Shapiai Mohd Ramly - Mingguan Malaysia 3. Sekolah Hidup, Amin Minhad (Aminhad) - Mingguan Malaysia Hadiah Penghargaan 1. Bukan Yatim Gaza, Syafiq Zulakifli - Mingguan Malaysia 2. Deritanya Bukan Kepalang, Nursyuhada Salleh - Mingguan Malaysia 3. Laut Kehidupan, Norfatihah Syed Ali - Mingguan Malaysia 4. Perginya Sang Pejuang, Nazri Hussein (Husna Nazri) - Utusan Melayu Mingguan 5. Rombongan Masuk Jawi, Mohd Helmi Ahmad - Utusan Melayu Mingguan 6. Sejujur Manggis, Muhammad Aminul Khalil Zaini (Khalil Zaini) - Utusan Melayu Mingguan
Authors
Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol dan Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping, sebelum mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim (1969-1970), Kursus Perguruan Khas dalam bidang Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras (1976) dan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1988. Beliau pernah menjadi guru di Sekolah Kebangsaan FELDA Sungai Sayong, Kulai dan Sekolah Menengah Sultan Ibrahim, Kulai, sebelum meneruskan perkhidmatan sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru (1984-1998) dan Maktab Perguruan Batu Pahat (1999-2006).