Margins
Semanis Kyuho book cover
Semanis Kyuho
2016
First Published
3.33
Average Rating
300
Number of Pages

“Nanti! Jangan nak perasan. Siapa cakap aku nak bagi kau? Aku sengaja nak permainkan kau. Padan muka! Selama ini kau yang selalu mengenakan aku. Sekali-sekali apa salahnya aku kenakan kau pula!” Segugus anggur hijau yang amat melukakan hati. Bukan… bukan anggur itu. Dia, Dalila, gadis sepermainan yang mencetuskan segalanya. Terkeliru antara mesra, benci, marah, sayang, rindu, dendam dan terhutang budi. Biar semua rasa itu bercantum, hati mudanya tetap nekad. Itulah titik mula sebuah perjuangan beralaskan keyakinan, kemahuan, keberanian dan kreativiti. Anak muda kampung yang miskin tetapi gila-gila, selamba, lucu dan kuat bergurau telah terbentuk menjadi seorang yang cekal dan bercita-cita luar biasa. Mahu tanam anggur? Ahh … gila. Tanggapan itu tidak mematikan hasrat. Untung ada cikgu yang berdedikasi, sentiasa memberi motivasi. Untung ada rakan-rakan yang memahami. Untung ada kebijaksanaan diri dan untung juga ada rezeki kurniaan ilahi. Buangkan segala kepahitan ke tepi. Percaya pada diri. Segugus anggur yang tidak dapat dikecapi arwah bapa akhirnya berganti. Lihatlah 15 ekar anggur pelbagai spesies ini, semua untuk arwah bapa. Ahh … andainya bapa masih ada, alangkah indahnya. Lantaran semangat bapa telah mencetuskan kekuatan yang luar biasa.

Avg Rating
3.33
Number of Ratings
3
5 STARS
0%
4 STARS
33%
3 STARS
67%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved