
Tujuh Penulis bergabung dalam satu naskhah. Tujuh cerita menarik untuk dikongsi bersama: 1. Oops! Maaf ... - Farah Husain * Bila Izad mula beri mix signal, hati Nadha jadi keliru dan hatinya tertanya-tanya. He loves me... he loves me not? 2. Ali Alauddin - Rose Harissa * Kerana dipaksa kahwin, Ali Alauddin akur meninggalkan kehidupannya di bumi England. Berusaha mengenali isteri selepas nikah tapi Ali tak menyangka Alilatul Barizah menyimpan sebuah trauma. 3. Degupan Cinta- Cik Amal Amina * Lebih tujuh tahun, Dian masih tidak mampu melupakan Yusuf, cinta pertamanya walau ketika ini dia sudah punya Iskandar. Keadaan makin rumit bila Yusuf tiba-tiba muncul kembali. 4. Kelip-Kelip Terbang Malam – Shamien A. Basit * Bebas dari kurungan tirai besi, Nadhirah simpan rahsia sendiri. Tapi kembalinya Hud menggugat hatinya. Antara rahsia dan sayang, yang mana harus dia utamakan? 5. Naqi - Rina Farizq * NAQI rasa bersalah bila mengingatkan perbuatannya terhadap Safia. Dia tak pernah melayan Safia dengan baik malah, kata-kata yang dilontarkan juga kasar. Dapatkah Safia memaafkannya? 6. Encik Pengapit Pengantin - Ezza Mysara * Perkenalan di majlis perkahwinan sebagai pengapit pengantin menemukan Ayong dan Ayaz. Kisah dua hati yang pernah terluka. Mampukan Pengapit Pengantin bertukar menjadi Raja sehari? 7. Mr Whatever - Illa Shanahila * Jadi pembantu rumah Kak Lina tak susah pun bagi Hanan, aman dan bebas. Tapi, keamanan Hanan mula terganggu bila seorang lelaki tiba-tiba muncul di depan pintu. Siapa dia?