
"Kopi dan gula itu seperti cinta dalam hati. Bagaimana dapat pisahkan cinta dalam hati?" Kamellia yang dulunya peminat tegar teh, tiba-tiba berkabung terus daripada minum teh semenjak ibunya meninggal dunia. Hanya rasa kopi mampu menggantikan rasa teh yang penuh kenangan itu. Redza, seorang penggemar teh sejati, sekali gus menjadi seteru Kamellia. Pengurus Kafe Biblioholic itu sering saja dingin tak tentu fasal dengan Kamellia. Padahal, dengan pekerja kafe yang lain, nada suaranya enak-enak sahaja. Ini membuatkan Kamellia jadi tidak puas hati. Umair, lelaki itu garang seperti singa. Tapi, siapa sangka dia boleh jadi sahabat Kamellia yang baik sekali di luar pejabat. Peminat tegar espreso itu menyimpan banyak rahsia yang akhirnya membawa kisah silam yang pahit antara dia dan Redza. Antara Redza dan Umair, kedua-duanya menyimpan perasaan pada Kamellia. Antara teh dan espreso, yang mana satu pilihan Kamellia.
Author

Karya beliau seperti cerpen dan puisi disiarkan dalam akhbar dan majalah seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia, Harian Metro, Tunas Cipta, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Fokus, URTV, Mutiara Minda dan Pentas. Puisinya pernah diterbitkan dalam antologi Karya Sasterawan 2011 (PENA, 2011), Takah 50 (PENA, 2011), Koleksi Puisi (Balai Seni Visual Negara, 2012), Eksotikata (2014). Cerpennya juga dimuatkan dalam Antologi Cerpen Indonesia-Malaysia (ITBM & Yayasan Obor, 2013) serta dipilih dalam Cerpen Terbaik 2014 (Fixi, 2015) Beliau telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2012 (kategori puisi eceran) melalui puisinya "Mimpi dari Sebuah Lukisan Ilusi" dan pemenang utama kategori puisi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2013 dengan puisi berjudul "Berbagi Puisi". Manakala buku pertamanya ialah Sepetang di Kafe Biblioholic (JS Adiwarna, 2013) telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2013 dalam kategori novel remaja. Beliau boleh dihubungi di ainunl.muaiyanah@gmail.com serta tulisannya boleh diikuti di http://ainunlmuaiyanah.com