Serigala dan Sekuntum Tulip menghimpunkan 20 buah cerpen S.M. Zakir yang membawa persoalan yang pelbagai serta menelusuri pergolakan semasa dunia. Cerpen-cerpen tersebut mengutarakan pelbagai isu dalam masyarakat seperti konflik antarabangsa, kontradiksi antara arus kemodenan dengan keinginan mengekalkan akar budaya tradisi serta kasih sayang yang bersifat sejagat. Persoalan-persoalan yang dikemukakan menadjikan Serigala dan Sekuntum Tulip sarat dengan pemikiran dan falsafah yang menjadi gaya S.M. Zakir lewat penciptaan karya-karyanya.