Margins
Seruan Lelaki Budiman book cover
Seruan Lelaki Budiman
2018
First Published
4.15
Average Rating
300
Number of Pages

Meneliti perjalanan hidup Hamka adalah seperti mengikuti sebuah roman lelaki pewira yang penuh pengembaraan, percintaan dan perjuangan. Dari awal kehidupan beliau yang mula merantau pada usia remaja yang begitu muda, menempuh pelbagai kesukaran, mengalami alam percintaan dan perkhawinan serta perjuangan mengangkat senjata mempertahankan tanah air ialah roman yang begitu mengasikkan. Hamka yang lebih dikenali sebagai tokoh pemikir dan ulama, sekaligus merupakan Ketua Majlis Ulama Indonesia yang pertama tetapi umum jarang menelusuri perjalanan hidup beliau yang penuh onak duri perjuangan dan juga percintaan sebagaimana lelaki lain. Jiwa muda percintaan beliau yang penuh gelora terluah secara tidak langsung dalam dua buah novel beliau yang agung itu. Pengorbanan beliau mengangkat senjata menentang Belanda pula melengkapkan jiwa lelaki perwira yang ada dalam diri beliau. Menatap perjalanan hidup Hamka sewaktu muda ini adalah seperti menatap sebuah roman agung. Buku ini merupakan kompilasi penulisan tamu Jejak Tarbiah diinspirasikan daripada tokoh pembaharuan nusantara- Buya Hamka, dalam usaha mengangkat keperibadian LELAKI berbudi mendepani era yang memerlukan lelaki menjadi lebih kuat sebagai pemimpin keluarga dan masyarakat.

Avg Rating
4.15
Number of Ratings
47
5 STARS
36%
4 STARS
45%
3 STARS
17%
2 STARS
2%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Syed Azharul Asriq
Syed Azharul Asriq
Author · 5 books

Beliau kini aktif sebagai peguam jenayah di sekitar KL, Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Beliau telah membuka firma guamannya sendiri, Tetuan Azharul & Chui yang beroperasi di Petaling Jaya. Selain dari turun naik mahkamah dan keluar masuk lokap, beliau sangat meminati sejarah. Pada waktu lapang, beliau akan menziarahi makam raja dan tapak istana untuk mengenang sejarah lampau. Setelah mendapat ilham, beliau akan mengarang buku-buku sejarah untuk dikongsikan kepada anda semua. Kini beliau telah menerbitkan 8 buah buku sejarah di pasaran.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved