Margins
Sign in
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Sindiket
Sindiket
Series · 2 books · 2018-2024
By
Arman Jazee
Books in series
#1
Sindiket
2018
Kisah kali ini tentang kegiatan perdagangan manusia dan organ. Kegiatan ini semakin berkembang kerana dari hari ke hari permintaan untuk mendapatkan organ-organ ini semakin meningkat. Munira seorang ibu tunggal yang memiliki dua orang anak telah ditimpa musibah. Bila kedua-dua anaknya telah diculik oleh kumpulan Van Putih yang sudah lama bermaharajalela menculik kanak-kanak. Kumpulan Van Putih yang bernaung dibawah satu Sindiket yang besar telah membawa kedua anak Munira itu ke sempadan Thailand untuk diambil organ mereka. Munira yang terkejut tentang kehilangan anak-anaknya hilang punca. Dia berharap pada pihak polis untuk mencari anaknya. Kehadiran bekas suami dan ibu mertuanya yang menyalahkannya atas kehilangan anaknya menambahkan tekanan hidup Munira lagi. Dari hari ke hari harapan untuk menemui anaknya semakin pudar. Kemuncak kekecewaannya apabila pihak polis bertindak menghentikan siasatan ke atas kes kehilangan anaknya itu. Dibakar apa kemarahan dan kekecewaan, dia nekad untuk menyiasat sendiri kes kehilangan anaknya. Pencariannya bukan begitu mudah, dia hampir berputus asa. Pertemuan dia dengan Somchai, seorang penjahat telah membuka jalan untuk menjejaki anaknya. Pelbagai onak dan duri dia tempuhi untuk menemui kembali anaknya. Tetapi ianya tidak semudah itu. Munira perlu membayar harga yang cukup mahal dalam perjuangannya ini. Nyawa menjadi taruhan dan musuh yang sebenar adalah seseorang yang tiada siapa pun menduga.
#2
Sindiket II
2024
Tiada jalan kembali lagi. Yang ada hanya jalan kematianmu! Ini kisah Syukur, lelaki tua dengan sejarah hitam yang mahu dilupakan. Dia memencilkan diri di sebuah kampung. Hidupnya serba daif, namun dia bahagia. Satu per satu dugaan mula melanda. Isterinya menghidap kanser pada tahap akhir dan dia dibenci oleh anak perempuannya. Hidup Syukur semakin tertekan apabila isterinya meninggal dunia. Anak perempuannya terjebak dalam sindiket pelacuran. Dunianya hancur apabila anak lelakinya pula dibunuh. Demi kasih dan wasiat, dia menjejaki si pembunuh durjana dan berusaha menyelamatkan anak perempuannya. Dia terpaksa kembali ke dunia silam yang mahu dilupakan. Kembalinya Syukur mencetuskan konflik yang lebih menakutkan. Pembunuhan demi pembunuhan, pengkhianatan demi pengkhianatan. Tidak dijangka, musuh dari masa silam kembali memburunya. Syukur terpaksa mengharungi semuanya, demi kasih kepada anak.
Author
Arman Jazee
Author · 5 books