Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Siri Diagnosis
Siri Diagnosis
Series · 8 books · 2014-2019
By
JackNaim
,
Fahd Razy
,
Noor Hayati Yasmin
, and more
Books in series
#1
Diagnosis
2014
Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu: 1) Kaya 2) Bergaya 3) 'Glamour' 4) Rasa 'Superior' Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran. Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa. Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang berkerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat. Moga usaha kecil ini Dia terima sebagai saham Akhirat. InsyaaAllah. "Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara." Selamat membaca.
#2
Prognosis1
2015
Menceburi bidang Perubatan bukan sahaja memerlukan kelebihan intelek, tetapi juga ketahanan emosi dan juga komitmen kerja yang tinggi. Semua pihak yang ingin menceburi atau menggalakkan ahli keluarga terdekat menceburi bidang ini perlu memahami situasi yang bakal ditempuhi. Maklumat di dalam buku ini amat sesuai dijadikan pengenalan terhadap perkara-perkara yang pernah dialami oleh seorang yang bergelar Doktor. Buku yang berada di tangan anda ini merupakan buku perkongsian pengalaman penulis mengharungi cabaran-cabaran untuk bergelar dan berkhidmat sebagai Doktor. Dr. Azlan Kamalludin \[MD (Canada) MMed Emergency Medicine (USM)\] Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma
#3
Diagnosis 3
2016
Bukan senang untuk menjadi seorang Doktor. Bersedialah mental dan fizikal. Doktor bukan setakat belajar ilmu kedoktoran semata-mata. Doktor harus wajib berani berdepan dengan malaikat izrail yang akan menyapa depan-depan. Ada satu jenis pesakit yang MANJA-litis. Ya, itu doktor perlu tahu. Waktu bila pesakit itu main-main mengada-ngada ataupun betul sakit. Memang ada yang begitu. Setiap aduan daripada pesakit perlu dinilai secara professional dan berpandu pada bukti penyiasatan klinikal, makmal dan sebagainya sebelum terus membuat penghukuman bahawa pesakit tersebut mengada-ngada. Sekali tersilap langkah, menyesal tidak sudah. Namun, yang berusaha itu DOKTOR, yang menentukan adalah DIA.
#4
Diagnosis 4
2017
Semua orang ada penyakit gila.
#5
Diagnosis 5
2017
Dia lebih berpengalaman daripada aku. Semua suggestion aku dibangkangnya. Semua teori-teori aku disalahkannya. Aku suruh makan antibiotik dia tak nak. Daripada patient, mak budak, suami orang, hingga ke bini orang, kadang-kadang dia punya pandai tu mengalahkan doktor, tahu!
#6
Diagnosis 6
2018
‘Takotsubo’ adalah sindrom jantung yang menyebabkan dinding ventrikel sebelah kiri membengkak seperti bentuk pasu Jepun. Pesakit akan mengalami masalah sakit dada dan kesesakan dadaakibat kegagalan jantung mengepam darah akibat kegagalan jantung mengepam darah secara efektif. Doktor keluar dari pintu Zon Merah dan mendapati suami pesakit berada di suatu sutu dan sedang membuat panggilan telefon. Antara butir-butir perbualannya: “Hello! Budin! Ini abah ni. Abah di hospital. Mak kau sakit. Doktor cakap sebab ‘Tak Mau Setubuh’. Abah dah cakap dengan mak kau lama dah. Mak kau tak mahu dengan.” Ah sudah! – Doktor.
#7
Diagnosis 7
2019
“When you have eliminated all which is impossible, then whatever remains, however improbable, must be the truth.” – Sherlock Holmes
#8
Diagnosis 8
2019
Otak dipisahkan dari tengkorak dan aku memeriksa lantai tengkorak untuk sebarang kecederaan tetapi semuanya normal. Bahagian otak diperiksa secara teliti dan kelihatan ada tanda-tanda strok yang sudah lama. Akan tetapi, ia bukan sebab utama pesakit meninggal dunia. Selesai memeriksa otak, aku beralih pula ke meja pemeriksaan dan memeriksa organ-organ yang aku keluarkan tadi. Bau hanyir darah mula memenuhi Bilik Autopsi dan menembusi topeng muka yang kami pakai. Doktor houseman yang mengikutiku melakukan post mortem tiba-tiba terjatuh ke lantai. Nasib baik tidak tersembam pada mayat. Bilik Autopsi menjadi riuh buat seketika. Beberapa orang staf segera mendekati doktor muda tersebut dan membuat pemeriksaan pada nadi beliau. “Masih ada denyutan nadi. Nafas pun masih ada.” Jerit Kathreen, Pembantu Pegawai Perubatan wanita yang bertugas dalam Bilik Autopsi. Aku memerhati dari meja pemeriksaan. Kulihat pernafasan beliau teratur. “Dia hanya pengsan sahaja. Tolong bawa dia keluar untuk dapatkan angin segar.”
Authors
JackNaim
Author · 4 books
Fahd Razy
Author · 20 books
Noor Hayati Yasmin
Author · 12 books
Anwar Fazal
Author · 8 books
Aizzat
Author · 5 books
Azah
Author · 4 books
Amalina Syafiqah
Author · 1 book
Nor Arifah
Author · 1 book
Zoul Dahan
Author · 1 book
Alzamani Idrose
Author · 2 books
Ahmad Zakimi Abdullah
Author · 2 books
K Azlan
Author · 1 book
Ab Rahman Kadir
Author · 1 book
Anizah Mahmod
Author · 1 book