Margins
Siri Puaka Sekolah book cover
Siri Puaka Sekolah
Kedai Koperasi
2020
First Published
3.68
Average Rating
120
Number of Pages

Mesin fotokopi berfungsi lagi dan beberapa helai kertas bersaiz A4 keluar. Secara tidak sengaja Cikgu Bahari terpandang plag mesin fotokopi itu disangkutkan pada kerusi di sebelah mesin itu dan tidak terpasang pada soketnya. Serta-merta darah Cikgu Bahari terasa berderau. “Cikgu, tolonglah saya….” “Aaahh!” Cikgu Bahari memegang dadanya kerana terkejut. Jantungnya terasa seperti mahu luruh. Ada lembaga hodoh yang kudung tangan kanan sedang menyeringai di hadapannya. “Cikgu…,” panggil lembaga itu lagi. Cikgu Bahari menelan liur. Selama bertahun dia menguruskan hal ehwal kedai koperasi ini, tidak pernah pula dia diganggu sebegitu. Seumur hidupnya juga tidak pernah menghadapi peristiwa seperti ini. Lembaga itu terus mendekati, menampakkan taringnya yang runcing…. * * * Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Avg Rating
3.68
Number of Ratings
19
5 STARS
21%
4 STARS
26%
3 STARS
53%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Mira Ishak
Mira Ishak
Author · 1 book

Mira Ishak (lahir 3 Oktober 1990), seorang cerpenis & novelis yang menjadikan penulisan itu satu terapi yang membahagiakan diri. Dalam dunia penulisan, genre seram-fantasi-misteri menjadi genre kesukaannya. Karya: 1) Antologi Cerpen Negeri Perak bertajuk Rahsia dalam Rahsia terbitan Fufu Terbit (2017) 2) Puaka Pejabat bertajuk Tangisan Jelmaan terbitan Penerbit X (2018) 3) Puaka Kuda Kepang terbitan Penerbit X (2019) 4) Puaka Kafe Hipster bertajuk Warkah untuk Rafeah terbitan Penerbit X (2019) 5) K-Pop Girl : Monbebe yang Taasub terbitan Bookiut (2019) 6) HASAD terbitan Komrad (2020) 7) Geng Komplot Mr. Cinderella vs Mrs. Hulk terbitan Paluan Seni (2020) 8) Puaka Koperasi Sekolah terbitan Penerbit X (2020) 9) The Last Goodbye terbitan Aromakata (2021) 10) Rumah Di Jalan Mati terbitan SYFE (2021) 11) Antologi Cerpen Seribu Kata terbitan Hikarya (2021) 12) K-Pop Girl : Ahgase yang Luar Biasa terbitan Bookiut (2022) 13) Puaka Surau Asrama terbitan Penerbit X (2024) Mira Ishak juga telah berjaya memenangi G2C Writing Challenge 2018 bertema fantasi dengan tajuk 'Puteh' untuk pusingan pertama & sambungan 'Ratu Malum' untuk pusingan terakhir. Dua cerpen beliau terbabit boleh didapati di Page FB : Kota DIY & Wattpad : G2C. Harapannya agar setiap karya yang terhasil dapat memberikan manfaat dan pada waktu yang sama pembaca terhibur membaca. Beliau juga menyimpan impian agar ada antara karya-karyanya diadaptasi ke drama/filem serta diterjemah dan diperkenalkan ke negara-negara jiran.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved