Margins
Siri Puaka Sekolah book cover
Siri Puaka Sekolah
Bilik Rawatan
2024
First Published
4.07
Average Rating
112
Number of Pages

“Kenapa dengan bilik rawatan tu?” Alia bertanya. “Kau budak baru memang tak tahu tentang bilik rawatan di bangunan belakang sana,” sela Lina bersahaja. Alia tersengih sarkastik. “Memang aku budak baru dan tak faham dengan selok-belok sekolah ni. Jadi… apa cerita?” ujarnya dengan nada bosan. Seperti ada yang lucu, Lina menyengih. “‘Dia’, yang setiap student di sini tak nak jumpa. Sebab ‘dia’lah, ada student yang mati di bilik rawatan di bangunan G,” sambung Lina perlahan dan tenang. “‘Dia’ memang tinggal di situ.” Mendengar kata-kata itu, Alia bertambah keliru. “Ada pembunuhan ke di sekolah ni?” Apa pun keadaannya, dia harus tahu hujung pangkal akan topik perbualan mereka malam ini. Alia tidak mahu ketinggalan. “Tak boleh nak kata pembunuhan, tapi lebih kepada jadi korban.” Lina menggeleng. “Apa cerita sebenarnya ni? Takkan puaka boleh bunuh orang. Macam tak logik.” Alia menjuihkan bibirnya. Mati-mati dia tidak percaya dengan cerita itu. Seumur hidupnya tidak pernah dia mendengar ada manusia mati dicekik hantu. Kalau terkena serangan jantung akibat terkejut terserempak dengan hantu, itu boleh diterima akal lagi. * * * * * Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Avg Rating
4.07
Number of Ratings
15
5 STARS
27%
4 STARS
60%
3 STARS
7%
2 STARS
7%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Zaifu Zaman Ahmad
Author · 18 books
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved