Margins
Siri Puaka Sekolah book cover
Siri Puaka Sekolah
Tandas
2020
First Published
3.67
Average Rating
136
Number of Pages

Ketika Lara sedang tekun menyental lantai, tiba-tiba bunyi air mengalir daripada pili kedengaran. Dia melepaskan keluhan kasar. Waktu dia sedang membersihkan tandas, ada pula orang yang suka-suka hati masuk ke dalam tandas itu. Dia berpaling ke arah singki untuk menegur, tetapi mulutnya terkunci apabila mendapati tiada sesiapa pun yang berada di situ. “Dah buka, tapi tak reti pula nak tutup,” rungut Lara lalu menutup pili air itu. Namun ketika dia berpaling untuk menyambung kerjanya yang tergendala tadi, pili air itu terbuka semula. Langkahnya terhenti. Lara mula berasa tidak sedap hati. Terbayang makhluk hodoh yang dia pernah nampak di dalam cermin tandas itu. Tiba-tiba air yang keluar daripada pili itu semakin deras. Semakin lama, air yang keluar berubah warna sehingga akhirnya menyerupai warna darah! Air di dalam singki itu terus melimpah dan membasahi lantai. Bagaikan tsunami, air darah itu kemudian menelan dirinya! Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Avg Rating
3.67
Number of Ratings
15
5 STARS
13%
4 STARS
53%
3 STARS
20%
2 STARS
13%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Ilmar Imia
Ilmar Imia
Author · 2 books

My Novels: 1) My Honey Hani (KarnaDya) - 2010 2) Budak SMART (One Nusantara) -2010 3) Pemuja Rahsia (One Nusantara) - 2010 4) Aina Masuk Asrama (Ana Muslim) - 2012 5) Kugiran SMART (Self-Published) - 2012 6) Mama Sayang Wawa (Ana Muslim) - 2012 7) Aku Nombor Satu (Ana Muslim) - 2013 8) Cinta Gantung (Penulisan2u) - 2014 9) Bukan Tak Suka (Penulisan2u) - 2015 10) Kerana Dia Kamu (KarnaDya) - 2022 FB: Ilmar Imia Blog: www.taipancelotehku.blogspot.com

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved