
Ketika bangun dari duduk di tahiyat awal, Azlan merasakan ada sesuatu sedang menghimpit tubuhnya. Terasa hembusan keras di cuping telinga, cuba ‘memotong’ alunan bacaan Quran daripada imam. Enggan solat terbatal dengan gangguan yang tidak pasti itu, Azlan membiarkan sahaja dan berpura-pura tidak melayan. Namun, ekor matanya terlihat wajah hitam yang ‘berbungkus’ menjengah dari atas bahu kiri. ‘Ia’ ikut serta solat bersamanya! Azlan terus menggigil ketakutan. Pada waktu yang sama, imam mulai rukuk. Ketika itulah, ‘benda berbungkus’ itu tiba-tiba rebah tergolek lalu menghadap wajah Azlan! Dek terkejut melihat wajah ‘banda’ itu, Azlan jatuh lalu menggelupur histeria. * * * * * Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Authors

Penulis bagi novel/novelet : 1) Sindrom - 2017 (DearNovels) 2 Kerana Kirana (Projek Kerajaan Paling Seram Vol 2) - 2018 (DearNovels) 3) Purnama - 2019 (DearNovels) 4) Vendetta - 2020 (DearNovels) 5) EVA - 2021 (DearNovels) 6) Ebook EVASIF - 2021 (Bersama-sama 4 orang penulis) 7) Ebook Isteriku Di mana? - 2021 (bersama-sama 4 orang penulis) 8) Hikayat Suwarga Sukma Canderawasih - 2022 (Swaterbit) 9) Siri Puaka Sekolah : Puaka Surau Asrama - 2024 (Penerbit X) 10) Siri Puaka Sekolah : Puaka Gelanggang Silat Sekolah - 2024 (Penerbit X) 11) Hikayat Suwarga Indera Bumi - 2024 (Swaterbit)

Mira Ishak (lahir 3 Oktober 1990), seorang cerpenis & novelis yang menjadikan penulisan itu satu terapi yang membahagiakan diri. Dalam dunia penulisan, genre seram-fantasi-misteri menjadi genre kesukaannya. Karya: 1) Antologi Cerpen Negeri Perak bertajuk Rahsia dalam Rahsia terbitan Fufu Terbit (2017) 2) Puaka Pejabat bertajuk Tangisan Jelmaan terbitan Penerbit X (2018) 3) Puaka Kuda Kepang terbitan Penerbit X (2019) 4) Puaka Kafe Hipster bertajuk Warkah untuk Rafeah terbitan Penerbit X (2019) 5) K-Pop Girl : Monbebe yang Taasub terbitan Bookiut (2019) 6) HASAD terbitan Komrad (2020) 7) Geng Komplot Mr. Cinderella vs Mrs. Hulk terbitan Paluan Seni (2020) 8) Puaka Koperasi Sekolah terbitan Penerbit X (2020) 9) The Last Goodbye terbitan Aromakata (2021) 10) Rumah Di Jalan Mati terbitan SYFE (2021) 11) Antologi Cerpen Seribu Kata terbitan Hikarya (2021) 12) K-Pop Girl : Ahgase yang Luar Biasa terbitan Bookiut (2022) 13) Puaka Surau Asrama terbitan Penerbit X (2024) Mira Ishak juga telah berjaya memenangi G2C Writing Challenge 2018 bertema fantasi dengan tajuk 'Puteh' untuk pusingan pertama & sambungan 'Ratu Malum' untuk pusingan terakhir. Dua cerpen beliau terbabit boleh didapati di Page FB : Kota DIY & Wattpad : G2C. Harapannya agar setiap karya yang terhasil dapat memberikan manfaat dan pada waktu yang sama pembaca terhibur membaca. Beliau juga menyimpan impian agar ada antara karya-karyanya diadaptasi ke drama/filem serta diterjemah dan diperkenalkan ke negara-negara jiran.