Himpunan cerita pendek oleh Regina Ibrahim, "Cerita kekal cerita, yang dialami, didengari, dideru sang angin dan terjadi di hadapan mata menyuntik inspirasi lantas difiksyenkan supaya sedap meskipun nadanya pahit, gelap, lucu, hina dan pelbagai. Jangan gusar, 20 cerita pilihan ini melibatkan cisgender dan transgender, kerana kita dalam drama kehidupan sebenar merupakan entiti yang saling menyaling, bukankah semua kita dilahirkan daripada penyatuan zuriat dua manusia cisgender? Tiada sebab untuk saya jadi berat sebelah apabila berkisah tentang sikap, semangat, kekecewaan, manipulasi dan pelbagai harapan manusia dalam semua penceritaan sebelum dan selepas ini" - Regina Ibrahim