Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Squad Relik
Squad Relik
Series · 2 books · 2023-2024
By
Angel_K20
Books in series
#2
Squad Relik 02
2023
Misi Kai, Rienna, Vishvak dan Frezay diteruskan dengan mencari relik patung gangsa dan kompas di Tamadun Huang He. Ketika sampai di satu perkampungan, orang kampung melarikan diri daripada mereka kerana disalah sangka sebagai orang suruhan Pembesar Meng yang amat zalim. Situasi tersebut membawa mereka berempat ke ibu kota wilayah. Namun, mereka mendapati ada puak lain sedang merancang untuk membunuh pembesar itu. Justeru, Kai menyamar sebagai putera raja untuk menghentikan tragedi pertumpahan darah. Malapetaka tersebut berjaya diatasi, namun orang Mixzof mengambil kesempatan dengan menyerang Kai, Rienna, Vishvak dan Frezay semasa dalam perjalanan ke bandar Fu Yang dan ketika berada di dalam makam purba. Mereka berempat diasak dan dihentam hebat oleh ketumbukan angkatan tentera Mixzof yang mahukan relik gangsa bagi melepaskan Segufus, iaitu binatang mitos yang dipenjara di bawah tanah. Mampukah mereka menggagalkan rancangan Mixzof seterusnya menyelesaikan misi yang diberikan bagi merebut peluang untuk mengembara ke Tamadun Yunani dan Rom pula?
#3
Squad Relik 03
2024
Pengeboman ke atas makmal bahagian selatan Jabatan Zentrix menyebabkan organisasi itu menjadi huru-hara. Salah satu relik dari Tamadun Indus pula berjaya dicuri oleh pasukan Mixzof. Kini, Mixzof dan bala tenteranya sedang menuju ke Tamadun Mesir Purba bagi mendapatkan peta untuk ke penjara Segufus. Frezay bersama Kai, Rienna, dan Vishvak ditugaskan untuk mencari relik berupa sebuah kotak pandora milik Firaun Khuman dan kunci khas untuk membuka kotak tersebut. Misi itu dikategorikan sebagai berprofil tinggi kerana jika Mixzof terlebih dahulu menjumpai relik itu, maka Segufus akan terlepas! Pelbagai perangkap, serangan dan malapetaka terpaksa dihadapi oleh ahli pasukan Zentrical Z5. Masing-masing terasak tanpa peluang melepaskan diri. Mampukah mereka berempat kembali semula ke zaman kini apabila nyawa sedang di ambang maut?
Author
Angel_K20
Author · 2 books