Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Suamiku Dajjal
Suamiku Dajjal
Series · 3 books · 2017-2019
By
Aiman Banna
Books in series
#1
Suamiku Dajjal
2017
Sebuah novel yang mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Safia, yang terlalu inginkan pasangannya seorang ustaz. Hal ini kerana dia terlalu banyak tengok drama-drama dan baca lambakan novel jiwang yang mengisahkan tentang cinta lalu dia pun keawang-awangan untuk ada jalan cerita yang sama. Tetapi, takdir tetap takdir dan ianya tetap akan hadir. Ditakdirkan dia bernikah dengan seorang lelaki yang berkopiah dan tidak pernah lepas kopiah selama dia kenal dengan lelaki itu 2 bulan lepas. Dia expect perfection daripada lelaki itu. Rupa-rupanya; si kopiah itu ada masa silam yang sangat teruk sehinggakan bila Safia tahu tentangnya, dia kata; “KAU DAJJAL! KAU JANGAN HADIR DALAM HIDUP AKU LAGI!” Adam; dia tahu dia Adam yang ada banyak jahiliah. Kerana apa yang Safia baru terima daripada whatsapp yang entah daripada siapa itu hanyalah 1 per 100000 dosa & jahiliah yang dia pernah buat. Isterinya terus marah dan mahu lari dari rumah. Adam tenang, tidak mahu emosi. Adam teruskan bacaan Quran. Dia sedang membaca surah Furqan dengan tartil. Kebetulan, Adam singgah bacaan di muka surat terakhir surah itu. Dalam surah Furqan, ada 3 dosa yang ditekankan pada muka surat terakhir; dosa syirik, membunuh & berzina. Beberapa air matanya jatuh setitis demi setitis atas lembaran Quran yang mulia itu. Berdegup kencang jantungnya seiring dengan denyutan penyesalan & taubatnya. Bila dia tengah lihat isteri yang baru dinikahinya itu sungguh-sungguh mahu tinggalkannya, packing barang mahu keluar rumah, makin dia teresak-esak menangis kerana isterinya tidak tahu lagi 3 serangkai dosa yang telah dia lakukan dahulu. Kalau baru tahu dosa yang bagi dia kecik dan simple itu pun respond sebegini, kalau tahu yang lain entah macam mana. Tetapi dia tahu, dia sudah cuba berhijrah tinggal jahiliah tetapi tidak boleh dengan sekali taubat terus jadi malaikat. Dan lagi sakit bila orang masih judge dirinya yang dulu. Apatah lagi yang judge & tak percaya dia itu isterinya yang dia cinta.
#2
Suamiku Dajjal #2
2018
The ' Real Definition of Love' itu ialah apabila kita mencintai dia yang tepat dengan sebenar-benar cinta. Dan cinta itu ialah cinta dengan keikhlasan dalam erti kata yang sebenarnya. Siapakah yang sedang anda cintai sekarang, dan apakah dia juga sedang mencintai anda juga?
#3
Suamiku Dajjal #3
2019
"Jangan dibina istana bahagia kau di atas sungai yang mengalirnya air mata aku. Ada sebab Tuhan cipta manusia ada satu hati, bukannya dua!" Anis Safia
Author
Aiman Banna
Author · 11 books