Margins
Suri Hati Abang book cover
Suri Hati Abang
2015
First Published
4.25
Average Rating
420
Number of Pages

Mardhiyah, seorang pegawai lulusan universiti, dirisik tukang gunting rambut ? Sudahlah lelaki itu budak nakal di sekolah dulu dan Mardhiyah pula ketua pengawas. Hesy.. tak sukalah Agus tu. Lalu hasrat Agus ditolak dengan baik. Agus rasa jantungnya bagai dicucuk-cucuk. Macam hati ini sudah retak seribu pun ada. Rasa macam patah berderai terhempas ke batu pun ya. Macam kertas yang direnyuk-renyuk, digumpal-gumpal dan dibuang ke dalam tong sampah jadinya. Atau, mungkin lebih tepat, rasa macam..putus cinta. Ya, dia sedar kekurangan diri. Manakan padan si pipit hendak terbang bersama si enggang. Tidak mengejutkan apabila hati Mardhiyah tertawan pada Luqman Arif, si guru yang tampan bergaya dan menyenangkan hati itu. Kasih disulam lalu lamaran Luqman diterima dengan hati yang mekar berbunga. Pasangan yang secocok, kata teman-teman, kata mata yang memandang. Namun begitu, dugaan menimpa apabila Mardhiyah lumpuh sebelah kaki kerana kanser tulang. Mardhiyah yang dulu putih, cantik, ceria tetapi kini kusam, cengkung, muram. Dapatkan hidup Mardhiyah jadi gembira semula ? Masihkah Luqman Arif mahu menjadikannya suri di hati ? ....tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang selalu kita sebut dalam doa kita. Mungkin jodoh kita nanti bersama dengan orang yang selalu sebut nama kita dalam doa dia...

Avg Rating
4.25
Number of Ratings
52
5 STARS
38%
4 STARS
48%
3 STARS
13%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved