
”Kes ditutup?” "Ditutup," balas Rakael. Dan ruang ini kembali senyap Qorin hilang meninggalkan Rakael yang masih berdiri tegak di hadapan Garis Masa. Arel masih belum selesai. Arel akan hidup dengan rasa bersalah yang panjang. Itu beban yang semua pemohon kami terpaksa pikul. Mereka datang sebagai mangsa. Dan pulang sebagai seseorang yang pernah menyakiti. Dan Rakael tahu, akan ada lebih banyak permohonan selepas ini. Lebih banyak keinginan untuk menghukum. Dia masih berharap, suatu hari nanti sistem Syarikat dapat melihat apa yang dilihat oleh matanya: Bukan semua luka perlukan pembalasan.
Author
Pernah terfikir akan mati dalam masa 2, 3 hari akibat tertelan gula getah 20 sen pada sesi persekolahan sekitar tahun 2002. Pernah berkawan dengan seseorang yang gemar mengunyah kertas dan ubat pensel semasa di sekolah rendah. Menghasilkan novel KACAU dan GELAP dan MEREKA dan UNBOX bersama FIXI sekadar untuk berkongsi cerita separa tipu.