Margins
Tafsir Surah An-Nahl dan Juzuk 14 book cover
Tafsir Surah An-Nahl dan Juzuk 14
Hamka
2019
First Published
4.13
Average Rating
216
Number of Pages

Part of Series

Tafsir Surah An-Nahl dan Juzuk 14 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab. Tafsir Surah An-Nahl dan Juzuk 14 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 14, iaitu Surah Al-Hijr dan An-Nahl. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Avg Rating
4.13
Number of Ratings
8
5 STARS
50%
4 STARS
25%
3 STARS
13%
2 STARS
13%
1 STARS
0%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved