Margins
Takluk Jagat book cover 1
Takluk Jagat book cover 2
Takluk Jagat
Series · 2 books · 2008

Books in series

Takluk Jagat book cover
#1

Takluk Jagat

2008

Tanah Ini akan bergolak. Tiada siapa yang menyangkanya dan tiada siapa yang bersedia. Antara Dasyuria dan Sedinggi – dua negeri yang bersempadan, ada api dalam sekam yang terpendam sekian lama. Bayu Adi Jata, seorang pemuda yang tinggal terasing bersama-sama datuknya, tidak menyangka akan terjebak dalam sengketa antara negeri dan juga antara alam. Bermula dengan sebuah kematian dan kehilangan keris panjang yang cuma menjadi sendal pintu pondoknya, Bayu Adi Jata terpaksa memulakan pencarian. Daripada sebuah pondok terpencil ke dunia luas. Satu demi satu rahsia hidupnya terbongkar. Antara kebaikan dan kejahatan, ada jalur kelabu di tengah-tengah. Dia mengenal siapa Ariasha Cinta Castra, gadis misteri yang seakan-akan mengetahui rahsia hidupnya. Tanpa dapat ditolak, Bayu Adi Jata menjadi perantara antara alam manusia dan bunian. Kemudian munculnya, Pemusnah Jiwa, orang yang paling ditakuti di Tanah Ini. Dapatkah Bayu Adi Jata menamatkan pencariannya? Mampukah dia menggantikan dendam dengan kemaafan? Atau adakah kegelapan akan menelannya dan melenyapkan cinta yang baru berputik? Demi menundukkan Lambang Kekejaman, Penzalim yang Sunyi terpaksa dibangkitkan!
Indera Bumi book cover
#2

Indera Bumi

2008

\\Sambungan Takluk Jagat\\ Ariasha Cinta Castra sedar perasaannya kepada Bayu semakin bercambah hari demi hari. Namun, kaumnya cuba menghalang kerana mereka tahu, di hujungnya tiada bahagia. Apa yang terjadi 19 tahun lampau antara Prawisna Jiwa dan Nasfisha mungkin akan berulang. Namun, Ariasha sudah bersedia. Bukan semata-mata demi Bayu, tetapi demi keamanan seluruh Tanah Ini. Penzalim yang Sunyi, Indera Bumi kini di tangan Pemusnah Jiwa, tuannya yang sebenar. Mengapa Pemusnah Jiwa merampas Indera Bumi daripada Bayu? Apakah ingin menuntut haknya kembali atau ada tujuan lain? Kini, siapa lagi yang dapat menghalang amukan Sang Penunggu, Pengawal dan Penghalang Kebangkitan ini? Biar hatinya lurus dan tulus, namun ia tidak mampu menjamin ketenangan jiwanya. Dasyuria, Sedinggi, Dakawa akan bertembung di medan perang. Antara manusia dan bala tentera Sigorong – kebaikan akan menentang kejahatan. Mampukah Bayu Adi Jata menahan dirinya daripada pengaruh Lambang Kekejaman dan Penzalim yang Sunyi? Siapa akan terus hidup dan siapa yang akan terkorban?

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved