Margins
Tameng Ghaib book cover
Tameng Ghaib
2025
First Published
4.65
Average Rating
326
Number of Pages

Jelmaan azab dari dunia yang tak berpenghujung, mengundang bayang-bayang yang tak pernah mati. Kehilangan Luna, bagaikan bintang yang padam tanpa isyarat. Namanya pernah bergema di puncak malam, namun kini hilang ditelan kabus misteri. Ada yang cuba menjejakinya, namun terbakar tanpa sempat pulang membawa cerita. Yazid, seorang wartawan ditugaskan oleh syarikatnya untuk mencari berita mengenai Luna kerana hubungan baik antara dia dengan Luna serta pengurus Luna yang bernama Monica. “Aku tak mahu mengesahkan Luna di mana tapi kalau engkau betul-betul nak tahu pasal Luna, ikut aku ke sana beberapa hari. Nanti engkau akan faham. Tapi ada syarat-syaratnya.” – Monica Atas dasar persahabatan, Monica memberi syarat agar Yazid mengikutnya ke Sumatera untuk menemui Luna. Yazid setuju dan pergi ke sana bersama Monica. Setelah Yazid sampai ke Sumatera dia menemui lebih daripada apa yang dicari. Lalu terbongkar lebih banyak rahsia dan muslihat. “Aku boleh bunuh kau. Tapi aku mahu kau terseksa hingga nyawa engkau pun merayu minta dicabut.” - Djamari Apakah yang menyebabkan kehilangan Luna? Kenapa Monica begitu beria-ia membantunya? Dapatkah mereka keluar hidup-hidup atau menjadi satu lagi mangsa dalam pergolakan kesumat yang berlanjutan? Dendam itu seperti asap hitam yang meresap ke dalam liang jiwa, membelit hati dengan bisikan syaitan, dan menanam duri di dasar nurani. “Mereka mengajar kita kekejaman. Dan hari ini mereka akan menelan semua yang telah mereka berikan.”

Avg Rating
4.65
Number of Ratings
23
5 STARS
70%
4 STARS
26%
3 STARS
4%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Maria Kajiwa
Author · 32 books
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved