Margins
Tasik Syahdu & Cerpen-Cerpen Lain book cover
Tasik Syahdu & Cerpen-Cerpen Lain
2012
First Published
3.96
Average Rating
301
Number of Pages

Segugus cerpen terpilih ini adalah sebahagian khazanah seni A. Samad Said yag di pilihnya sendiri. Bermula dengan cerpen-cerpen matangnya, beliau menjejaki semula pengalaman dirinya melalui cerpen-cerpen terpilih ini. Menelitinya satu per satu karya tersebut, kita akan dapat memahami gelora kehidupannya - sebagai seniwan, juga sebagai insan biasa. Kata A. Samad Said, beliau sebenarnya tidak perlu menulis autobiografi kerana dalam 22 cerpennya yang terpilih ini telah pun terhimpun inti kehidupannya selama lebih lima dekad. Tidak sahaja Tasik Syahdu dan cerpen-cerpen lain ini - secara tersusun - menghidangkan semula pengalaman harian dan pertunbuhan seni pentingnya, malah kumpulan cerpen ini juga sempat meninggalkan warisan khazanah seni mewakili diri beliau. Menghirup pengalaman dan seni daripada tasik syahdu kehidupan A.Samad Said akan membuatkan kita terharu oleh kuasa sastera Melayu selama lebih lima dekad ini Cerpen-cerpen yang terkandung dalam antologi 01. Tasik Syahdu 02. Di Sisi Rinda 03. Dosa Pejuang 04. Buruh Paksa 05. Saat Terakhir 06. Dari Tanah ke Tanah 07. Daun Jejawi 08. Ke Daerah yang Lebih Kerdil 09. Di Tepi Jalan 10. Longkang 11. Pagi 12. Perempuan dari Kampung Kambing 13. Kakak 14. Malam Merangkak ke Hujungnya 15. Dari Tingkap Sebuah Bangunan 16. Langit Malam Tiada Berbintang 17. Menanti 18. Pulang Malam 19. Ahmad Zago 20. Tamrin Gil 21. M.P. Gudu-Gudu 22. Sasterawan Daiman Kereko

Avg Rating
3.96
Number of Ratings
99
5 STARS
32%
4 STARS
41%
3 STARS
19%
2 STARS
4%
1 STARS
3%
goodreads

Author

A. Samad Said
A. Samad Said
Author · 17 books

Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards). Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut: * Salina * Langit Petang * Sungai Mengalir Lesu * Hujan Pagi * Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri. * Adik Datang * Cinta Fansuri Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004). Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006). Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir. (Sumber: Wikipedia)

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved