Margins
Taubat book cover 1
Taubat book cover 2
Taubat
Series · 2 books · 2019

Books in series

Taubat Si Pembuli book cover
#1

Taubat Si Pembuli

2019

Panggilan keji, makian serta ejekan menjadikan Janna trauma. Hanya kerana dirinya dianugerahkan kebolehan melihat makhluk halus, dia dituduh sebagai punca kejadian histeria di sekolahnya. Tertekan sehingga memilih ke lembah dosa, menyebabkan dirinya dipindahkan ke Sekolah Sri Bangsar. Bagaikan keluar mulut singa, termasuk mulut buaya. Di sekolah baru… Janna terpaksa berhadapan dengan masalah. Tersepit antara adegan buli Edora, si samseng raksasa melawan pelajar cemerlang bernama Nani. Trauma lama kembali menghantui. Paling menakutkan, Janna sering terlihat kelibat lembaga wanita berwajah mereput sering mengekori Nani, si mangsa buli. Lembaga itu menari-nari gembira setiap kali Nani berdukacita dibuli Edora. Tiada sesiapa mahu bangkit melawan kemungkaran, tiada sesiapa yang berani bersuara… termasuklah diri Janna sendiri. Kekal membisu dan membiarkan adegan buli berterusan berlaku. Apakah perilaku dirinya ini turut mengundang dosa? Mungkin tanpa sedar… dia juga merupakan pembuli durjana. “Ada kalanya… manusia lebih kejam dan menakutkan berbanding syaitan!”
Taubat Gadis Biadab book cover
#2

Taubat Gadis Biadab

2019

Sememangnya, jenama biadab lagi kurang ajar sudah sebati dengan diri Nadiya Risa. Bercakap lepas dan selalu melakukan perkara mengikut sesuka hatinya. Latihan Matematik, kerja sekolah, buku nota… memang tidak pernah mahu disiapkan! Nasibnya berubah apabila sebuah kelas lama kini dibuka. Kononnya terdapat sebuah meja berkerusi biru yang mampu menunaikan sebarang hajat. Lalu Nadiya Risa mencuba nasib. Diletakkan buku latihan Matematik di meja berkerusi biru. Biar siap segala kerja sekolah tanpa perlu bersusah payah. Siapa sangka, pelik bin ajaib… esoknya semua siap terisi! Tanpa Nadiya Risa perlu bermata panda dan pecah-pecah kepala. Nadiya Risa semakin senang hati. Langsung tidak menyedari dirinya kini sudah berlaku biadab lagi syirik pada yang Maha Hakiki. Pelbagai kejadian pelik mula menghantui. Mengganggu setiap lena dan mimpi. Apakah Nadiya Risa sempat untuk kembali? Memohon taubat dan perlindungan tuhan yang Maha Mengampuni. “Ustazah… agak-agaknya, tuhan mahu terima taubat saya lagi?”

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Taubat