
"Their death will not be in vain if you dare to be a Queen of Soumha." Orang lain mungkin teruja ingin menjadi pendamping seorang Maharaja. Hidup mewah. Apa saja yang dihajati, langsung ditunaikan. Tetapi tidak bagi Veyla. Dalam misinya yang ingin menyatukan Soumha dengan Jacquinstan, dia terpaksa mengahwini seorang Maharaja yang gila. Atau pada gelarannya, Maharaja Yang Malang. Soumha yang dahulunya menjadi sebuah wilayah terbesar di Jacquinstan kini dihadang dengan tembok yang tinggi, lantas menjadikan Soumha sebuah empayar yang baru. Lima tempoh pemerintahannya, sudah mampu menggadai lima orang isteri dan lima orang bayi. Setiap kali bayi yang dilahirkan cacat di mata Maharaja Kyojin, terus dipancung kepala si anak dan si ibunya. Sebaik sahaja Maharaja Kyojin dan Veyla disatukan, kemunculan Puteri Mahkota Galadia secara tiba-tiba membuatkan rancangan Veyla berantakan. Maharaja Kyojin mulai tamak. Dia mahu Veyla kekal di sisinya tetapi dalam masa yang sama, dia juga mahu menjalinkan hubungan diplomatik bersama empayar Galadia. Dan akhirnya, pilihan yang diberikan hanyalah pertarungan di arena demi menentukan Maharani Soumha. Lysa versus Veyla. Berjayakah misi Veyla dalam menyatukan dua empayar ini?
Author
Dynna Zain is an indie author of urban fantasy novels. She lives in Malaysia. Besides being an author, Dynna Zain is also a digital artist. Facebook: https://www.facebook.com/dynna.zain?_rdr Instagram: https://www.instagram.com/dynnazain/ Wattpad: https://www.wattpad.com/user/dynnazain