Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
The Truth
The Truth
Series · 2 books · 2021-2025
By
Nuraa Qilla
Books in series
#1
Outside the Truth
2021
Lucas Alexander. Anak ketiga dalam keluarga Bryant, pemegang salah satu anak syarikat dari jauh dan juga seorang pensyarah. Mafia ini dikenali dengan Alex si pembeku. Renungan mata kelabunya sering membuatkan orang lain kaku dan terbungkam. Tiada siapa tahu bahawa dia pernah ada hubungan dengan seorang gadis bernama Iris Deiyana. Gadis itu ditakdirkan bertemu semula dengan Dr. Lucas sebagai pengajar. “Alex...” - IRIS DEIYANA “It's Mr Bryant or you can call me Sir Lucas, Iris Deiyana. Please have some respect.” - LUCAS ALEXANDER Dingin... Namun kenangan lama masih terpahat dan tidak Iris tahu, keluarga mereka sudah mengatur hubungan penyatuan bersama Bryant Family. Namun tidak untuk dia tetapi untuk adiknya, Aris Delisha. “Aku pilih adik kau.” Adik yang dia sangat benci. Sayangnya perkara yang dirancang bertukar tragedi. Keluarganya pula isytihar muflis. Dia pula dipaksa untuk dijual. “Can I keep her, Ian?” - LUCAS ALEXANDER “Kenapa Sir nak simpan saya lagi?” - IRIS DEIYANA Alex tetap dirinya, diam dan dingin. Soalan Iris dihanyut dalam kebisuan. “Describe me in one word, sir.” “Mine.” Dapatkah Iris bertahan dengan lelaki yang dulu mengisi hatinya kini bertukar menjadi pensyarahnya? Dia juga terikat dan tidak boleh lari lagi oleh kerana tragedi yang berlaku. “Because everything I do, I do it for you.” - LUCAS ALEXANDER Untuk siapa? Aris atau Iris?
#2
Burn the Truth
2025
I found you. It was enough, it was everything. “Just because you carry it well doesn’t mean it is not heavy.” Setiap orang menyimpan rahsia besar dalam hidup mereka, dan dia tidak terkecuali. Kehidupannya saat ini seharusnya bebas seperti burung yang terbang ke cakrawala. Di sebaliknya, dia masih terperangkap dalam sangkar yang tak kelihatan. Luka yang bukan berpunca darinya kini menjadi rantai di kaki, menahan setiap kali dia cuba melangkah keluar dari bayang-bayang semalam. Satu-satunya insan yang mampu melindungi hanyalah bapa saudara yang membesar bersamanya sejak kehilangan kedua ibu bapa. Namun, ketenangan itu mula terganggu apabila muncul seorang lelaki yang sifatnya jauh menyimpang daripada kelembutan figura tersebut. Lelaki yang penuh ancaman, namun diam-diam menjadi perisai tanpa nama. “Ughhh, you’re such a menace.” – Stella Olivia “I’m your menace, baby.” – Dylan Lewis Dylan Lewis sedang berada dalam misi memburu musuh organisasi dan mempertahankan keluarganya. Dia tidak menyangka akan bertemu seorang gadis yang menyimpan lebih banyak luka daripada yang dia jangka. Nyawa dipertaruhkan, rahsia silam bangkit mengganas dan di tengah kekacauan itu, mereka hanya punya dua jalan. Mengungkap kebenaran meski membawa padah, atau menghapus segalanya demi sebuah kebahagiaan yang mungkin cuma ilusi. Apa pun pilihannya, tiada jalan untuk kembali. “Cip yang kau telan tadi… aku akan potong badan kau untuk keluarkan semula. Dan aku akan pastikan kau masih hidup sewaktu proses itu mula dijalankan.” - Dylan Lewis Sanggupkah Stella merobek luka silam yang membelenggu jiwanya dan Dylan mencungkil wajah sebenar di sebalik kekejaman organisasi yang mula retak sejak kemunculan gadis itu? Apakah mereka benar-benar dipertemukan oleh takdir, atau sekadar bidak dalam permainan yang lebih besar? Saat kebenaran mula membara, satu pilihan harus dibuat. Membongkar segala kebusukan atau membiarkannya terbakar bersama mereka. “Akulah mimpi buruk yang kau fikir takkan pernah datang cari kau sendiri.”
Author
Nuraa Qilla
Author · 5 books