Margins
Sign in
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Trilogi Sesuatu Yang...
Trilogi Sesuatu Yang...
Series · 3 books · 2020-2023
By
Anna Lee
Books in series
#1
Sesuatu yang Hilang
2020
"HIKMAH ATAU BENCANA?" Bagi Mikha Mikhail kehidupannya sudah sempurna. Ada ibu yang menyayanginya; dapat bekerja di syarikat idamannya dan ada dua orang BFF yang sehati sejiwa. Namun, semuanya berubah pada satu pagi. Semua orang memandang pelik ke arahnya. Tambah menghairankan bila Shuwan dan Nayan beria-ia memeluk dan menangis melihat dirinya. “Kau ni dah kenapa? Macam sebulan tak jumpa aku.” “Babe… dah dua bulan kau hilang. Tak datang kerja.” Mikha melopong. Tidak masuk akal dia tak datang kerja selama dua bulan! Bukankah baru semalam dia bersengkang mata menyiapkan proposal untuk bosnya? Mana mungkin ditinggalkan kerjanya begitu saja? Masalahnya kini, cuma satu; ada sesuatu yang hilang dari memorinya hingga dia tak ingat apa yang sudah berlaku! Pelbagai persoalan menggasak fikiran. Tetapi, semakin dia mencari jawapan, semakin dia lemas dengan jawapan yang ditemui. Dia... ada skandal? Dia... pernah membunuh? Dia... sebenarnya wanita yang jelik dan menjijikkan? Ada sesuatu yang akan hilang selamanya, tetapi ada juga sesuatu yang hilang akan kembali ditemui. Namun... adakah ia berbaloi?
#2
Sesuatu yang Kembali
2023
Blurb – Sesuatu Yang Kembali Dalam keadaan darurat begini, dinding kemanusiaan turut sama runtuh bersama pintu kepercayaan. Maka akan menjelmalah manusia-manusia yang selama ini bertopeng. Suaminya hilang tanpa pesan, tanpa jejak. Tetapi apabila muncul mesej terakhir daripada Ibra, Mikha mula reda. Penantian terhenti. Harapan mula hilang. Namun itu disaat dia merelakan, takdir membawa mereka bertemu dalam sebuah Bunker Mall. Bunker Mall – Sebuah gedung membeli belah yang dibina sebagai sebuah bunker kepada golongan elit. Sebaik saja wabak melanda, bunker itu diaktifkan secara tiba-tiba menyebabkan Mikha dan Farid terperangkap di dalamnya. Di situlah bermula segalanya … Skandal terbongkar … Rahsia dipendam terburai … Dan … Nyawa menjadi taruhan. Harapan adalah nyawa kehidupan. Jika hilang harapan … kosonglah jiwa.
#3
Sesuatu yang Sempurna
2023
Blurb:- Kita perlu bertahan! Mereka belum selamat. Cabaran hebat sedang menanti. Namun demi meneruskan hidup dan bertemu insan tersayang, sesukar mana pun ujian mereka akan bertahan! Ibra tiada pilihan, dia terperangkap dalam perjanjian yang menyebabkan dia terpaksa melukakan hati si isteri. Rahsia itu biar kekal menjadi rahsia. Itulah misinya. Namun apabila wabak melanda, mungkinkah rahsia itu akan terpendam selamanya? Jangan benci sangat. Bahaya. Nanti cinta sampai mati.- Ibra Bagi Mikha ini mungkin kifarah. Dia reda namun dalam masa yang sama membenci suami yang dicintai bukan perkara mudah. Huru-hara hatinya ini sama seperti huru-haranya keadaan negara yang sedang diserang wabak. Apatah lagi saat dia tahu si suami merahsiakan sesuatu daripadanya. Untuk memiliki sesuatu yang sempurna dia perlu melupakan segala kesakitan. Namun … mampukah dia melakukan? Benci dan dendam tidak akan menjadikan kita manusia. – Mikha
Author
Anna Lee
Author · 24 books