
Trivia
2015
First Published
4.08
Average Rating
262
Number of Pages
Raisa, penulis dan pengembara memilih Rom sebagai tempat hibernasi. Akan tetapi dia diganggu oleh kehadiran Si Cantik Remedios dari Macondo yang muncul menerusi jendela kamar penginapannya. Kehadiran gadis aneh itu bersama-sama para tetamu lain; Hamida dan Abbad dari Lorong Midaq serta Santiago dari Teluk Mexico. Dan mereka ini datang daripada masa silam. Safar, terbang ke Rom menjejaki Raisa. Bertemu sahabatnya, Ka dari Istanbul, yang menemukannya dengan Guru Sains, Tatamanu dari Ogonshoto, seorang yang radikal dan mempunyai misi tersendiri untuk menggulingkan presiden. Dan lelaki ini datang dari masa depan. Apabila masa kini bertembung dengan masa silam dan masa depan, ia melahirkan sebuah cerita baharu.
Avg Rating
4.08
Number of Ratings
12
5 STARS
33%
4 STARS
42%
3 STARS
25%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads
Author

Ruhaini Matdarin
Author · 12 books
Dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik, suka melancong dan membaca. Pada tahun 2006 menang tempat pertama peraduan mengarang cerpen sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kekwa, pada tahun 2008 menang Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara dan pada tahun 2009 menang tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan. Manakala Waris Pejuang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 juga di tempat kedua.