
“Kita sekarang kat rumah Adam.” Iqbal menyuakan henfon ke arah Adam. “Okay bro say hi.” “Halu geng!” kata Adam sambil membuat isyarat peace senget ke tepi. Stylo habislah tu? Kemudian dia menghalakan kamera kepada Nadia dan Dira. Mereka meletakkan tangan di bahu masing-masing sambil membuat muka comel. Dira sempat mengenyitkan mata sebelum Iqbal mengalihkan henfon ke arahku. “Yo,” kataku ringkas, kemudian arahkan telunjuk ke arah kotak misteri. “So kita sekarang kat rumah Adam, dia order mystery box dari dark web, and now we are going to unbox it,” Iqbal memberikan naratif. “Nervous siot.” “Tau takpe,” balasku. Adam mula memotong pita pelekat dengan pisau butterfly miliknya…
Author
Pernah terfikir akan mati dalam masa 2, 3 hari akibat tertelan gula getah 20 sen pada sesi persekolahan sekitar tahun 2002. Pernah berkawan dengan seseorang yang gemar mengunyah kertas dan ubat pensel semasa di sekolah rendah. Menghasilkan novel KACAU dan GELAP dan MEREKA dan UNBOX bersama FIXI sekadar untuk berkongsi cerita separa tipu.