Kini kelab kaunseling seolah hidup segan mati tidak mahu setelah dihalau dari markas yang turut dikongsi oleh kelab bola sepak. Namun dengan kehadiran seorang guru muda yang baru iaitu Cikgu James, kelab kaunseling mula aktif dan kembali ke landasan sebenar objektif penubuhan kelab tersebut. Tatkala keakraban hubungan pelajar dan guru terjalin, Siv dan Aken mula dapat mengesan tentang sesuatu yang tidak kena dengan Cikgu James.