


Books in series

#1
Seseorang Untuk Aku
2015
Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca.
“Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.” - Lailatul
“Itu tak ada kaitan dengan aku.” - Qadr
Demi rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka sama-sama menyusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta dalam hati. Pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.
“Haaa... Lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang. Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa nikmatnya.” - Lailatul
“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh?” - Qadr
Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar tatkala si mentua memandang sinis kepada budak kampung seperti dia. Lailatul teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi, tabahnya goyah dan mula runtuh apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita tentang kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi seorang lelaki bernama Zarulhakimi. Kerana dia manusia biasa, yang tahu menangis apabila sedih. Yang tahu sakit apabila dilukai.
“Lai rasa abang bahagia ke? Lai rasa abang akan ikut ke permintaan Lai yang merepek tu? Atau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir batin abang?” - Qadr
“Agaknya, Lai ni memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali.” - Lailatul
“Abang tak pernah perbodohkan, Lai. Abang memang sayang…” - Qadr
Kerana Tuhan menciptakan pasangan bersama kekuatan dan kelemahan masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan. Dia tak pernah kesah bagaimana mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta bahagia. Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga ke syurga. Mampukah dia?

#2
Takdir Untuk Aku
2017
Kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan.
UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama.
“Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad
“Tak… Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…” - Teratai Nur
Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.
“Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadi orang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa?” - Ahmad Ziyad
“Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas!” - Teratai Nur
Teratai Nur terus menafi tapi Ziyad tegas dengan perasaan sendiri. Mereka bersama. Bahagia. Tapi, bukan untuk selamanya bila kesilapan yang pernah Ziyad lakukan, mencelah. Antara permintaan ibu kandung, adik tiri dan suami… Teratai Nur kembali tercampak di lorong yang lebih gelap. Bukan kehendaknya. Tapi, bila kepercayaan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk menjaganya sepenuh hati lebur, dia rasa dirinya dikhianati.
“Siapalah yang nak terima orang macam Nur ni dengan ikhlas? Semua orang buat bersebab. Abang terima Nur kenapa pula?” – Teratai Nur
“Sebab aku sayang kau! Aku cintakan kau!” - Ahmad Ziyad
Kerana perjalanan takdir itu bukan ada di hujung jari manusia, Teratai Nur bangkit walau tangan lain yang menariknya untuk kembali berdiri.
“Abang sudi jaga Atai…” - Taufiq
“Saya serahkan hidup saya pada abang…” - Teratai Nur
Dia mahu melangkah ke depan, di mana Taufiq menanti. Namun, bila dia toleh ke belakang… Ziyad sedang menahannya pergi.
Akhirnya, Teratai Nur akur… Ini adalah takdir untuk dia.

#3
Dia Untuk Aku
2023
BIARLAH masa sedang menewaskan usianya, Taufiq tidak pernah kisah. Hidupnya mudah. Jika ada, adalah. Jika tidak… tak mengapalah. Melihat teman baik yang sudah bertemu cinta sejati, dia langsung tidak cemburu. Malah, bahagia mereka menjadi bahagianya. Tapi, tidak pada mama.
Dia percaya, restu ibu membawa bahagia, Taufiq akur dan reda menerima wanita yang mama pilih. Dia akan mencintai wanita itu sepenuh hati pada ketika wanita itu menjadi isteri. Namun, kerana dia manusia biasa yang tidak berdaya menduga ketentuan, Taufiq hanya mampu reda bila wanita itu lari meninggalkannya di saat dia sedang berjalan di pelamin penikahan mereka.
Kecewa? Sudah pasti. Apatah lagi melihat maruah keluarga calar dan airmata mama menitis. Hingga satu hari, ketika menemani teman baiknya, Ziyad… dia nampak seorang wanita yang bukan hanya indah pada wajah, tapi juga pada budi pekerti.
“Awak terlalu tualah untuk saya…” – Johanees
“Ada syarat ke orang tua macam saya tak boleh jatuh cinta?” – Taufiq
“Boleh tapi tidak pada saya…” – Johanees
“Saya dah cuba. Tapi, nak buat macam mana. Orang tu masih awak…” – Taufiq
Johanees yakin, Taufiq adalah cinta pertama dan pasti yang terakhir. Tapi, sayang keyakinannya tidak mempunyai asas. Dia perlu tinggalkan lelaki itu demi memenuhi permintaan akhir ayah untuk menerima lelaki yang telah sekian lama mahu dijodohkan untuknya. Kerana itu, Johanees tidak berkelip di saat menyatakan perpisahan.
“Kenapa?” - Taufiq
“Saya bukan perempuan baik…” – Johanees
Jatuh cinta itu mudah. Namun, untuk jatuh cinta pada setiap kekurangan orang yang kita cinta, itu adalah luar biasa. Dan, dia tahu… mengemudi bahtera cinta bersama wanita ini tidak semudah seperti dia kemudi bahtera perang di tengah samudera. Adakah takdir cintanya juga seganas ombak dilautan? Apakah mental dan emosinya utuh bila misi kali ini adalah demi mereka yang tercinta? Taufiq hanya berharap kerana segalanya tidak pernah pasti.
…

#5
Anak Teruna Tuan Peguam
Pelindung untuk Aku
2025
Sejak sekian lama, dia telah lali dengan gelaran buaya tembaga. Tapi, Huzair tak pernah ambil hati kerana dia kenal dirinya. Cuma hari ini, gelaran itu memberi kesan yang teruk bila Nazrina jelas tidak suka padanya. Wanita itu tidak langsung cuba menutup kebencian padanya.
Pada Nazrina pula, cinta hatinya hanya seorang. Iaitu teman sejak kanak-kanaknya. Lelaki yang sentiasa mengambil berat dan menerima dia seadanya. Lelaki seperti Huzair tidak terbanding dengan Rizqin.
Satu yang Nazrina tidak tahu, lelaki seperti Huzair juga tahu erti sakit bila hatinya ditoreh tanpa belas.
“Awak memang tak faham atau sengaja buat tak faham?” … - Huzair
“Jawapan tepat adalah malas nak layan…” – Nazrina
Tapi, Huzair tidak pernah berhenti. Biarpun sekadar menjaga jodoh orang, dia tetap sudi. Hingga tiba masa, Nazrina bahagia dan selamat dengan lelaki yang dicintai, kala itu dia akan berlalu pergi.
“Awak akan ada dengan saya walau dalam keadaan saya yang paling teruk?” - Nazrina
“Hurm… itulah masa yang saya paling nak ada dengan awak…” - Huzair
Jatuh cinta itu mudah. Cinta berbalas itu juga tak susah. Yang payah adalah untuk bertahan demi cinta yang menoreh luka di hati. Huzair begitu. Nazrina begini. Seperti tidak lagi terdaya mempertahankan janji.