Margins
Ustaz Azlan book cover 1
Ustaz Azlan book cover 2
Ustaz Azlan
Series · 2 books · 2015-2017

Books in series

Rakus book cover
#1

Rakus

2015

Ini cerita dunia sihir...dunia syaitan...dunia yang berakar dari Babil masih menebal di nusantara ini. Dunia yang menuntut pengamalnya menyekutukan ALLAH SWT dan melaksanakan ritual yang menjijikkan. Syaitan diseru demi memenuhi nafsu rakus. Habshah, wanita yang disihir selepas tewasnya tipu daya. Dia disihir oleh seseorang yang tidak disangka-sangka. Salim hadir, cuba merawat Habshah. Namun, dia tewas di tangan orang yang menyihir Habshah. Ilmu hitam lawannya itu terlalu tinggi. Salim sempat diselamatkan oleh Ustaz Yahya dengan izin ALLAH SWT. Karim hanya menjadi pemerhati pertempuran ilmu batin antara Salim, Ustaz Yahya dan orang yang menyihir Habshah. Dia mendapat jalan keluar daripada keadaan runcing itu. Jalan yang diyakini boleh membuatkan dia mengecapi kemewahan. Jalan yang membuatkan dia akan dikenang sampai bila-bila. Namun, adakah jalan yang dipilihnya itu tepat? Azlan, anak muda yang hadir untuk menyambung kembali silaturahim keluarganya menerima tentangan yang amat dahsyat. Mampukah dia menghadapinya? “Ia sembunyi dalam terang dan menjelma dalam gelap.”
Kesumat book cover
#2

Kesumat

2017

Beberapa tahun berlalu sejak hukuman gantung sampai mati ke atas Karim dilaksanakan. Lelaki misteri yang pernah mendatangi pendiri ajaran sesat Kumpulan Panji Hitam itu kini muncul pula kepada Soraya, satu-satunya waris Karim yang masih hidup. Soraya berdepan ujian sihir yang amat hebat oleh sekumpulan bekas orang kanan Karim. Lalu ia dihidupkan semula! Kali ini lebih hebat dan bernafsu besar! Sejak itu, kegelapan mengganas lagi. Ia mara bagaikan api menjilat hutan kering. Dendam, tipu daya, darah dan rawan seolah-olah tidak mampu dibendung. Umpan-umpan ditabur dan pembunuhan demi pembunuhan dilaksanakan. Negara menjadi huru-hara. Mampukah Azlan bertahan dengan ujian yang lebih runcing itu? Dapatkah Azlan dan ulamak-ulamak yang masih tinggal di tanah bertuah ini menghalang kemaraan kegelapan itu? Dapatkah mereka menyelamatkan negara ini dari dikuasai oleh hamba-hamba manusia syaitan itu? Mungkinkah kali ini kebenaran akan ditewaskan oleh kebatilan? “Datanglah padaku wahai roh yang tenang…” - Lelaki Misteri “Tolong aku. Bebaskan aku daripada mereka. Buat seperti apa yang disuruh!” –Karim “Tolong aku…” Soraya. “Abang tak mahu hidup tanpa kepastian begini…” – Azlan.

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved