


Books in series

#1
Ustazah Sentap #Perangdakwah
2017
Trend pakai tudung nampak leher, dada, anak rambut, cuping telinga, anak telinga, mak telinga dan pelbagai ini… semuanya datang dari mana? Tahulah sekarang tudung mahal sampai beribu ringgit, tetapi janganlah kedekut kain.
Jika mahu berfesyen pun, ikutlah syariat Islam. Tutuplah segala apa yang diwajibkan Tuhan. Tutuplah aurat demi mencari keredaan. Bukannya mendamba populariti, bukan kerana menjaga persepsi. Tidak juga kerana gambar OOTD yang diharap menerima banyak like di Instagram dan FB. Moga Allah beri kita kekuatan meninggalkan jahiliah moden yang semakin membarah dalam masyarakat. Janganlah tergolong dalam kumpulan perempuan berhijab, tetapi dibakar di neraka!
#ustazahsentap
Bahiyah pelajar madrasah, ditukarkan ke Sri Bangsar yang serba moden. Terkejut melihat rakan sekolah barunya:
~ tidak bertudung, mengerbang rambut
~ atlet bersukan dengan seluar mendedah lutut
~ lelaki serta perempuan duduk semeja… bertepuk-tepuk!
Terasa terpalit dosa, Bahiyah nekad membetulkan segalanya. Dia mesti berperang melawan kejahatan, dakwah perlu disebarkan! Maka nasihat dihulur tanpa tapisan, ayatnya menyentap hati dan perasaan! Berjayakah si Ustazah Sentap dalam peperangannya? Ketahui kesudahan novel Islamik kelakar ini… pasti tersentap jiwa raga!

#2
Ustazah Sentap #MisiSolehah
2017
Kehidupan si Ustazah Sentap dimulakan dengan rasa seronok! Teramat teruja! Lompat bintang hingga ke planet Jupiter! Bahiyah berjaya mendapatkan sokongan pengetua sekolah dalam meneruskan agenda dakwahnya.
Namun proses penubuhan persatuan baru, Badan Dakwah dan Tarbiah tidak sebegitu mudah. Para pelajar Sekolah Sri Bangsar enggan bertukar persatuan pada pertengahan tahun. Kata mereka, terlalu leceh! Terlalu renyah!
Apa yang diperlukan hanyalah TIGA orang pelajar sahaja mendaftar. Mujur akhirnya ada EMPAT orang yang berminat pada saat terakhir. Namun, ia bukanlah seperti yang disangka. Ahli-ahli Badan Dakwah terdiri daripada pelajar-pelajar rambut mengerbang dan peminat muzik rap Eminem. Malah, ada bangsa Cina dan India! Kombinasi seperti nasi kandar ini nampak pelik tetapi melengkapi, namun terlalu ironi!
Mampukah Bahiyah menghadapi rakan-rakan baru yang tidak berjubah dan bertudung labuh seperti biasa? Paling menyusahkan hati apabila ada golongan yang berfahaman liberal di SSB. Siap menggelarkan diri sendiri sebagai Golongan Anti Hijabi (GAH) Aduh, semakin rumit nampaknya!
Sambungan siri ini pastinya padat dengan informasi. Semoga bermanfaat membaca, terhibur dalam jenaka dan menambah pengetahuan agama. Jangan sentap-sentap ya!

#3
Ustazah Sentap #CintaTillJannah
2018
Kepada : Bakal Imamku.Kini aku remaja. Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa, terbit satu pertanyaan… “Aku ini tulang rusuk kiri siapa? Bagaimana rupanya? Tinggi ataupun rendah? Kurus atau gempal? Cerah ataupun gelap? Tampan ataupun jelek? Puas dibayangkan… impikan jejaka budiman, persis seorang pahlawan. Tetapi yang lebih penting… si dia mestilah orang beriman. Semoga ke temu… kalau tidak di dunia, di syurga hendaknya.
Authors

Ain Maisarah
Author · 78 books
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.