Margins
VIDEOTAPE book cover
VIDEOTAPE
2017
First Published
3.47
Average Rating
320
Number of Pages

Razak seorang remaja yang dibesarkan dalam keluarga yang toksik. Disebabkan itu, dia lebih banyak lari daripada masalah di rumah dengan mencari masalah di luar. Sepanjang hidupnya, dia mengenali beberapa kawan yang dianggap sebagai darah dagingnya sendiri. Mereka mencari kegembiraan bersama dan mencari masalah bersama. Suatu hari, ketika didenda untuk bersihkan sekolah, mereka terjumpa sebuah kaset video yang tersorok di bilik stor. Tanpa mereka sangka, isi kandungan videotape itu bakal mengubah nasib hidup mereka. Bersama-sama, mereka menyelongkar misteri ngeri di sebalik objek berteknologi kuno itu. Menerusi proses ini, Razak pelajari erti persahabatan, percintaan, kehidupan—dan kematian.

Avg Rating
3.47
Number of Ratings
189
5 STARS
19%
4 STARS
24%
3 STARS
44%
2 STARS
9%
1 STARS
3%
goodreads

Author

Adib Zaini
Adib Zaini
Author · 6 books
membesar di merata tempat di Lembah Klang dari Klang, ke Subang Jaya, ke Cheras, dan kini menetap di Sungai Buloh. Diplomanya tersimpan di dalam laci, tidak digunakan sejak tahun 2009. Sejak kecil lagi dia memang gemar berimaginasi. Selepas membaca karya seorang penulis botak lain yang bernama Brian K. Vaughan, dia mula menulis imaginasinya ke atas kertas (ataupun dalam bentuk 1 dan 0). Lima tahun kemudian dia mencuba nasib dengan menghantar karyanya ke Buku Fixi. Hasilnya, Zombijaya menjadi novel pertamanya. Kini dia masih, dan akan terus berimaginasi lagi selama yang mungkin.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved