Buku ini diinspirasikan daripada kisah-kisah benar wanita yang teruji dengan pelbagai dugaan hidup yang berat. Ada kisah wanita yang telah diperkosa oleh ayah sendiri, ada pula yang teruji dengan suami yang menceraikan isteri lalu berkahwin dengan adik ipar, ada pula suami si penagih dadah, ada juga yang diberi kesakitan penyakit kanser, ada pula dikeji sebagai wanita gemuk dan pelbagai lagi kisah duka yang melanda insan yang bergelar wanita. Namun begitu, hebatnya seorang wanita ini kerana mampu bangkit melantun dengan lebih tinggi biarpun kepedihan dan kesengsaraan pernah hinggap dalam hidup mereka. Sebuah naskah yang sarat dengan titian perjalanan hidup berserta dengan isbah yang dirungkai oleh para penulis disetiap kisah yang diceritakan. "Kaum Hawa adalah kaum yang diangkat darjatnya di dalam agama. Selepas Allah dan Rasul-Nya, tiga kali tingkatan darjat seorang ibu barulah dikuti oleh seorang bapa. Demikianlah kehebatan kedudukan seorang wanita! Kisah-kisah di dalam buku WANITA BANGKIT in digarap untuk dijadikan iktibar dan pedoman. Kisah mereka in adalah kisah kebanyakan masyarakat di luar sana, tidak terkecuali, kumpulan sasar kementerian dan agensi. Semoga kisah-kisah in menjadi iktibar dan inspirasi lebih ramai wanita dan pembaca untuk terus bangkit walau terpaksa melalui liku-liku cabaran yang tidak pernah berhenti." YB DATUK SERI RINA BINTI MOHD HARUN