Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Wisata Dua Dunia
Wisata Dua Dunia
Series · 2 books · 2025-2026
By
Sri Rahayu Mohd Yusop
Books in series
#1
Roman Lakarloka
2025
Diya hidup dalam ketakutan akibat ancaman bapanya yang panas baran. Diya berjaya membawa ibunya keluar dari flat bapanya dan menyewa satu unit rumah kedai. Diya menyara hidup mereka berdua dengan melukis mural. Tetapi, bapanya tidak membiarkan mereka lepas begitu saja. Arjuna mengembara ke dunia sebelah sana bersama bondanya untuk melarikan diri daripada ancaman Mahasura, raja, bapa dan suami yang menuntut ajaran papakerma. Ratu Pertiwi tidak mahu menurunkan kesaktian adilakar kepada Arjua kerana mahu melindungi anaknya. Akibatnya, Arjuna memerlukan bantuan seorang regulakar untuk memilki kebolehan merentas dimensi. Apabila bertemu dengan Diya, Arjuna menyangka dia akhirnya dapat menyelamatkan Lakarloka daripada ancaman raksha-raja Mahasura. Tetapi, Diya ada misinya sendiri. Narasinga memikul gelaran bendaharawan apabila ratu dan putera mahkota Lakarloka minggat ke dunia sebelah sana. Narasinga sedaya upaya melindungi rakyat jelata demi tanggungjawab. Apabila Arjuna tiba-tiba pulang dengan seorang regulakar untuk menyelamatkan Lakarloka, kesetiaan Narasinga berbelah bahagi antara impian ibunya untuk memerintah, persahabatannya dengan putera mahkota Arjuna serta janjinya untuk melindungi regulakar bernama Diya. Bertembunglah tiga insan dua dimensi bergolak! Adakah roman ini seindah lukisan?
#2
Yuda Lakarloka
2026
Hidup baru, duka lama. Diya mengambil tempat sebagai ratu adilakar di Lakarloka atas satu niat - dia mahu jadi pelindung kaum perempuan dan kanak-kanak yang menerima natijah pemerintahan raksha-raja. Tapi, hidup baru mustahil bagi Diya. Masa lampau tidak melepaskannya. Dunia Ampang melambai dengan panggilan lara. Dua lelaki yang sama terperangkap dalam duka masa lampau mereka, Arjuna dan Narasinga menyimpan dendam akibat dosa warisan. Dengan Lakarloka di ambang perang, dapatkah Diya benar-benar menyelamatkan semua? Takdir tiga insan bertembung di jalan menuju medan. Adakah yuda ini dapat digambarkan dengan lukisan?
Author
Sri Rahayu Mohd Yusop
Author · 21 books