
Idea Kreatif Mempersembahan Golden Edition (Limited Edition) 4 cerita dari 4 penulis dalam 1 naskah. **Hanya dijual di bookfair 1 Malaysia dan online SAHAJA. Harga : RM27 + RM 8 postage (semenanjung) RM30 + RM10 postage (Sabah/Sarawak) Sinopsis : Yang Luar Biasa - Hani Fazuha Cinta memang luar biasa kerana ia mampu merubah banyak perkara. Kerana cinta, Arissa jadi tersepit. Memilih Adam, dia harus mengenepikan rasa hati sendiri. Memilih Zhariz, dia harus membelakangkan keluarga dan memilih Haraz, dia harus bersedia melawan cemburu. Lantas, siapa yang harus dia pilih? Diary Mrs Ben – Anna Lee Sofia dan Ben, dua sahabat sehati sejiwa. Tiada rahsia antara mereka. Baik buruk diri masing-masing, mereka tahu semuanya. Namun, sesuatu telah terjadi menyebabkan mereka terperangkap dalam satu konspirasi yang tidak terduga! Konspirasi apakah? Benarkah tiada rahsia antara mereka? Mampukah dua sahabat baik tinggal di bawah satu bumbung? My Slurpee Slurp! - Syah Shah Masa silamnya gelap. Jiwanya kosong. Dalam perjalanannya mencari arah dan sinar, si dia muncul tiba-tiba. "Sebab yang curi-curi tu yang manis. Slurpee slurps kind of yummy..." - Damien Dear Cinta – Farah Husain Perpisahan itu ibarat kopi tanpa gula. Pahit tapi ada nikmatnya. Tasneem hilang cinta pertama. Namun, takdir Allah itu indah. Kehilangannya diganti dengan pemilik nama; Ariff Hakimi.