
ASALKAN DIA BAHAGIA Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila bahagia yang dia ada seakan tiba-tiba ditarik pergi. Payahnya menjadi seorang Haris Aryan apabila setiap kebaikannya sering disalah erti. Payahnya menjadi seorang Ikmal Reza apabila setiap yang dia mahu tak pernah mampu dimiliki. Lebih payah lagi apabila cinta yang wujud di hati, harus disimpan sendiri. LANGIT BIRU YANG SAMA Peliknya cinta bila kita sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh tiba-tiba ada. Sakitnya rasa apabila kita tahu orang yang kita suka sebenarnya tidak layak untuk kita cinta. Ainun sedar, dia bukan siapa-siapa. Walau Alzam kata ‘kita’ memandang langit yang sama, tapi bumi yang kita pijak ada bezanya. Tapi, Alzam ada caranya yang tersendiri bagaimana untuk menjadikan Ainun hak miliknya.
