Buku "Yang Singgah dan Pergi" ialah sebuah Travelog Ilmu yang menghimpunkan catatan-catatan fikir Hafizul Faiz ketika menuntut ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sebagai seorang penuntut, Hafizul Faiz mencatat apa sahaja momen-momen yang bermakna dan bermanfaat ; ada dalamnya pergaduhan wacana, peperangan perasaan, anekdot-anekdot oeluh-kesah seorang anak muda yang sentiasa memarahi keadaan dan mencari sebab di sebalik segala keadaan.