
Menjadi seorang pembunuh upahan dengan gelaran nama White Lady tidak membataskan dia untuk mencapai kedudukan tertinggi, yakni seorang permaisuri di Malbork. Sememangnya dia mahukan gelaran dan kedudukan itu. Bertahun-tahun dia simpan dendam dan dia cuma perlukan ruang dan peluang. Dan peluang itu hadir secara kebetulan. Esther diupah oleh Lord Damien, sepupu Noah si Raja Muda Malbork untuk dibunuh. Tapi Noah ini agak misteri orangnya dan sangat peka dengan keadaan sekeliling. Esther jatuh ke dalam perangkapnya sendiri. Yang mahu menangkap pula yang tertangkap. "... Steal for me." - Noah. "I'm an assassin, not a thief." - Esther. "Name your price." - Noah "Make me your queen." - Esther