Margins
ZOMBIJAYA book cover
ZOMBIJAYA
2011
First Published
3.79
Average Rating
305
Number of Pages

Zombijaya Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi? Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini. Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA. Novel : Adib Zaini Cerita Asal : MJ Woo Ilustrasi & Kulit depan : Ho Sui-Jon Perunding : Amiruhizat & Hani Amira Suraya Rekabentuk / Rekaletak : teckhee.blogspot.com Cetakan Pertama : Oktober 2011 Cetakan Kedua : Februari 2012 Cetakan Ketiga : Mei 2012 Cetakan Keempat : Disember 2012 Cetakan Kelima :

Avg Rating
3.79
Number of Ratings
673
5 STARS
31%
4 STARS
30%
3 STARS
28%
2 STARS
8%
1 STARS
3%
goodreads

Author

Adib Zaini
Adib Zaini
Author · 6 books
membesar di merata tempat di Lembah Klang dari Klang, ke Subang Jaya, ke Cheras, dan kini menetap di Sungai Buloh. Diplomanya tersimpan di dalam laci, tidak digunakan sejak tahun 2009. Sejak kecil lagi dia memang gemar berimaginasi. Selepas membaca karya seorang penulis botak lain yang bernama Brian K. Vaughan, dia mula menulis imaginasinya ke atas kertas (ataupun dalam bentuk 1 dan 0). Lima tahun kemudian dia mencuba nasib dengan menghantar karyanya ke Buku Fixi. Hasilnya, Zombijaya menjadi novel pertamanya. Kini dia masih, dan akan terus berimaginasi lagi selama yang mungkin.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved