
44 Cinta & Koleksi Komik Terbaik Tembakau
2018
First Published
4.29
Average Rating
128
Number of Pages
TEMBAKAU, kartunis legenda yang amat sinonim dengan karya agungnya, KARTINI. Sentuhan magisnya itu telah mencipta fenomena tersendiri dalam sejarah kartun dan komik tanah air sekitar era hujung 1990-an dan awal 2000. Bermula dengan penerbitan KARTINI KEMBALI pada tahun 2006 dan KARTINI (edisi terbit semula) pada tahun 2009, Tembakau turut menghasilkan beberapa komik pendek untuk antologi komik terbitan KOMIK-M. Salah satu daripadanya diiktiraf dalam ANUGERAH PEKOMIK 2012 sebagai KOMIK TERBAIK, manakala Tembakau pula diangkat sebagai PENULIS KOMIK TERBAIK.
tributeTEMBAKAU adalah dedikasi dan tanda apresiasi para rakan dan peminat kepada beliau. Semoga Tembakau ataupun Azhar Ahmad (1972-2018) dan karya-karyanya sentiasa dikenang dari generasi ke generasi.
Terbaik dalam buku ini: - himpunan komik menarik dan terbaik karya TEMBAKAU di Komik-M. 100% berwarna! - #tributetembakau - karya tribute rakan-rakan tembakau!
Avg Rating
4.29
Number of Ratings
21
5 STARS
43%
4 STARS
43%
3 STARS
14%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads
Authors

Tembakau
Author · 5 books
Tembakau atau nama sebenarnya Azhar bin Ahmad, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Iskandar Shah, Parit dan seterusnya Sek. Men. Keb. Agama Sultan Azlan Shah, Bota. Dalam menyambung pelajarannya, beliau keluar masuk IPT tetapi tidak pernah dapat menghabiskan pengajian beliau kerana sifatnya lebih cenderung ke arah seni persembahan teater dan lukisan. Dalam tahun 1994, beliau memulakan profesion selaku pelukis storyboard bagi animasi bersiri pertama Malaysia Usop Sontorian terbitan Kharisma Pictures. Dari situ dia mengolah kraf penceritaan dan mempertajamkan lagi lukisannya dengan menghasilkan kartun lerai untuk majalah Ujang. Pada tahun 1997, dia menghabiskan naskhah komik pertamanya yang berjudul Kartini terbitan Multi Triple Vision Sdn. Bhd. Secara tidak langsung, Kartini Kembali adalah kesinambungan dari Kartini dan naskhah kedua daripada Tembakau yang pernah dikeluarkan secara bersiri dalam Aku dan Sesuatu terbitan Aie Production.