
Abu Ayub Al- Ansari atau nama sebenarnya Khalid Bin Zain Bin Kulaib berasala drp Bani An-Najjar. Selain drp keistimewaan, rumahnya pernah menjadi persinggahan Nabi Muhammad s.a.w semasa peristiwa Hijrah ke Madinah, beliau juga dikurniakan umur yang panjang. Semasa Khalifah Muawiyah melancarkan kempen bagi menakluk Kota Konstantinopel, beliau dengan penuh semangat tampil ke hadapan bagi ikut sama berjihad ke Kota Konstantinopel, Kota yang akhirnya menjadi tempat syahid beliau.