Margins
Abu Ubaidah book cover
Abu Ubaidah
Penakluk Parsi
2010
First Published
4.45
Average Rating
346
Number of Pages

Part of Series

"Dirikanlah sembahyang, tunaikan zakat, puasa di bulan Ramadan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihati,. Berilah nasihat kepada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan terpesona dengan harta dunia. Sesungguhnya Allah menetapkan kematian untuk semua manusia, kerana itu semua manusia pasti mati. Orang yang paling beruntung ialah orang yang paling banyak bekalnya untuk akhirat." - Abu Ubaidah Al-Jarrah. "Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku Quraisy dan memiliki sifat yang terbaik dan paling sederhana. Mereka adalah Abu Bakar, Uthman, dan Abu Ubaidah Al-Jarrah." - Nabi Muhammad SAW. "Wahai sekalian kaum Muslimin!Kamu sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang. Oleh itu, kasihanilah beliau semoga kamu akan dikasihani Allah." - Muaz bin Jabal. "Wahai Abu Ubaidah, kamu yang lebih layak memimpin pasukan ini. Tetapi saya patuh pada perintah khalifah." - Khalid bin Walid.

Avg Rating
4.45
Number of Ratings
118
5 STARS
58%
4 STARS
31%
3 STARS
9%
2 STARS
1%
1 STARS
1%
goodreads

Author

Abdul Latip Talib
Abdul Latip Talib
Author · 46 books

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved